King Of Comeback, Man United Pastikan Bournemouth Tanggung Nasib Sama Dengan Liverpool

Manchester United meraikan satu lagi kejayaan seri 2-2 selepas melakukannya ke atas Liverpool sebelum ini. Di mana Gary Neville dan peminat United berpesta ria meraikan kejayaan tersebut.

Kali ini Bournemouth menjadi mangsa United yang seterusnya untuk diikat 2-2 di Vitality Stadium. Ianya berlaku dengan cara yang sukar diduga. Dengan cara United atau United way.

Mereka bangkit pada separuh masa kedua dan menghampakan lawan mereka. Ini bukan pertama kali United melakukannya pada era Ten Hag.

Anak anak buah Erik Ten Hag berjaya melakukan aksi comeback yang epik pada separuh masa kedua untuk mengikat Bournemouth 2-2 selepas tuan rumah mendahului 2-1.

Pada separuh masa pertama, Dominic Solanke dan Justin Kluivert berjaya meletakkan The Cherries di hadapan dengan gol minit ke-16 dan ke-36. Dan gol itu dibalas oleh Bruno Fernandes pada minit ke-31.

Sekaligus membuatkan kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan Bournemouth 2, Man United 1. Erik Ten Hag yang terkenal dengan kepakarannya mengolah taktikal jelas ada perancangan licik untuk menghampakan lawan mereka.

Ketika Bournemouth berkira kira mahu meraih 3 mata ke atas United. Skuad Erik Ten Hag menunjukkan bahawa mereka adalah King Of Comeback sebenar.

Bruno Fernandes berjaya menjaringkan gol yang sangat cantik untuk penyamaan pada minit ke-65. Bagaimana gol itu dilakukan? Ianya menerusi sepakan penalti yang merupakan habitat semulajadi untuk pemain tersebut.

Bournemouth gagal untuk memenangi perlawanan ini. Membuatkan mereka menanggung nasib yang sama dengan Liverpool. Bakal menjadi bahan ejekan peminat United kerana seri 2-2.

Pada minit minit akhir perlawanan Bournemouth cuba meminta penalti. Namun tidak diberikan pengadil. Ingat pengadil ni yang jenis kena scam dengan Elliot ke?

Bournemouth melakukan 20 percubaan ke arah gol sedangkan United dengan santai santai sambil hisap gam berjaya mencetak 8 percubaan sahaja.

United cemerlang memastikan mereka berjaya mengubah kedudukan dari tangga keenam kepada ketujuh setelah sekian lama tersekat di skala 6. Lebih penting berjaya memastikan perbezaan jaringan -1 atau sebutannya negatif 1.

Hanya ada 2 pasukan dengan perbezaan negatif pada perbezaan jaringan di 10 teratas iaitu Man United dan West Ham. Bukti bukan semua pasukan boleh melakukannya.

Dalam satu lagi perlawanan melibatkan adik kepada Manchester United, pasukan Man City berjaya menang 5-1 ke atas Luton Town.

Sekaligus membolehkan adik berjaya memintas Arsenal di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris. Dengan Arsenal akan turun beraksi pada hari ini.

BACA:  Arsenal Raih 3 Mata Lagi, Emerson Royal Buat Tackle Bongok