Premier League 2023/24: Crystal Palace 3A Manchester United 0

Manchester United kalah dengan bermaruah 3A-0 di tangan Crystal Palace. Skuad bimbingan Erik Ten Hag sekadar bermain santai santai untuk simpan kuku bagi aksi final Piala FA pada hujung bulan ini.

Kekalahan ini adalah yang ke-13 dalam musim ini di EPL. Menjadikan ia musim paling banyak kalah dalam EPL melibatkan Man United di dalam sejarah.

Pemain sasaran Man United, Olise menyerlah ketika beraksi menentang Setan Merah. Petanda dia benar benar sesuai dengan Manchester United.

Kini United berisiko tak dapat beraksi di mana mana pertandingan Eropah musim hadapan. Jika mereka gagal menang ke atas City dalam aksi final Piala FA, maka mereka akan terlepas slot ke UEL musim depan.

Manchester United hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan terakhir meletakkan mereka di kedudukan kelapan dalam liga. Dalam sejarah era Premier League, Manchester United tak pernah menamatkan liga di luar 7 teratas.Β  Kini mereka kelapan di belakang Chelsea je pun.

Christopher palace meraikan kemenangan 4-0 atau 3A-0 ke atas United sebagai salah satu kemenangan bersejarah.

Olise membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 untuk pasukan tuan rumah berdepan Man United yang kehilangan ramai pemain kerana masalah kecederaan.

Palace mencetak gol kedua menerusi Maeteta minit ke-40.

Dan kemudian mencetak 2 gol lagi pada separuh masa kedua menerusi Mitchel dan Olise sekali lagi.

Casemiro antara pemain yang bermain teruk sekali serta bergelut sepanjang malam.

Manchester United gagal membawa pulang sebarang gol saguhati dalam perlawanan ini. Dan akhirnya berpuas hati kalah 4-0 sahaja walaupun sudah mencuba untuk kalah 7-0.

Mana tidaknya, Palace melakukan 18 percubaan dan 10 tepat. Sementara United hanya melakukan 7 percubaan sahaja dan dua sahaja yang tepat.

Mujur United terus menjadi pasukan yang menghiburkan bak kata Ten Hag. Di mana sebelum ini pengurus itu mengakui bahawa Manchester United adalah pasukan paling memberikan hiburan kepada semua.

Dalam perlawanan ini mereka menunjukkan aksi hiburan setaraf Akademi Fantasia musim yang Adi Fashla tersingkir tu.

Saksikan semula aksi kekalahan bermaruah Man United di sini:

BACA:Β  Nas Daily Buat Orang Marah Lagi, Kali Ini Bantu Liverpool Dalam Program 1 Minit