Manchester United sebelum ini cemerlang mencatatkan keputusan seri di Anfield yang membuatkan peminat mereka meraikannya ibarat tiada esok.
Sebelum perlawanan. Sergio Aguero tanpa pengaruh bahan terlarang telah mendakwa Man United adalah pencabar utama Man City untuk kejuaraan liga musim ini. Bukannya Arsenal atau Liverpool.
Pandangan Aguero itu cukup membuktikan betapa hebatnya United pada masa ini di bawah Erik Ten Hag.
🚨 Sergio Aguero has revealed he thinks that Manchester United are a big threat to Man City’s title hopes this season 😳
🗣️ Aguero: “You can never sleep on Man United at this stage of the season. They are one of the biggest threats to Man City’s Premier League title.” #MUFC… pic.twitter.com/4YSwiKwIZZ
— mufcmpb (@mufcMPB) December 19, 2023
Dengan kejayaan mengikat Liverpool di Anfield dianggap pencapaian luar biasa dengan skuad tempang. Walaupun sebenarnya Newcastle sebelum ini pernah melawan United dengan 11 pemain utama cedera. Namun selamber je menang.
Namun United ini berbeza. Mereka penuh dengan taktikal bijak.
Semangat minggu lalu itu dibawa ke stadium Olimpik London menentang West Ham United bimbingan David Moyes yang merupakan bekas pengurus Manchester United sendiri.
Emerson melancarkan serangan awal untuk West Ham namun Onana dan rakan rakannya kental bertahan.
Selepas itu Manchester United sangat cemerlang dengan penguasaan yang tinggi. Melakukan ancaman ke gawang gol West Ham.
Pada mini ke-36, pemenang anugerah gol tercantik November dengan gol lipatnya, Alejandro Garnacho memiliki peluang 1 lawan 1 dengan Areola. Namun kakinya lemah untuk melakukan rembatan dan bola diselamatkan.
Tidak lama selepas itu Kobe Mainoo mencuba nasibnya dari luar kotak penalti dan hampir menewaskan Areola.
Pada separuh masa kedua, West Ham United memperbaiki permainan mereka. Jarred Bowen cuba untuk menembusi Onana seelepas menerima sepakan percuma Ward Prowse. Namun Onana terus cemerlang.
Bowen akhirnya meletakkan West Ham di hadapan apabila dia menyambut sungkitan Paqueta dengan kemas. Dia cuba melorongkan bola namun dihadang Onana. Dia bernasib baik bola itu kembali ke kakinya dan Bowen menyumbat masuk pada minit ke-72.
Jarrod Bowen 🔥 pic.twitter.com/uGYGeamjQf
— West Ham United (@WestHam) December 23, 2023
Menurut Opta Joe, Jarrod Bowen sudah menjaringkan 11 gol daripada 11 perlawanan EPL musim ini. Menjadikan dia penjaring terbanyak bersama dalam rekod kelab sebelum natal.
11 – Jarrod Bowen has scored 11 Premier League goals this season, the joint-most by a West Ham player before Christmas in a season in the competition, alongside John Hartson in 1997-98. Hammer. pic.twitter.com/oX5FarZt9O
— OptaJoe (@OptaJoe) December 23, 2023
Selang 4 minit kemudian, stadium London bergema lagi dengan gol kedua West Ham. Kali ini kesilapan Kobe Mainoo yang kehilangan bola di tengah padang telah dihukum oleh West Ham. Paqueta sekali lagi membekalkan assistnya, kali ini kepada Mohammmed Kudus yang menolak bola leret.
🇬🇭 Mohammed Kudus has now scored 9 goals in all competitions for West Ham on his first season in England.
Excellent signing. #WHUFC ⚒️ pic.twitter.com/RJ1Rcw8C6D
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 23, 2023
Manchester United tidak berjaya untuk menyamakan kedudukan atau kebangkitan seperti yang biasa mereka lakukan selama ini. Mungkin faktor keletihan menjadi punca.
Man United menelan kekalahan kelapan musim ini. Seterusnya, West Ham berjaya memintas Man United dalam carta liga.