Liverpool Kembali Ke Landasan Kekalahan Dengan Sebaiknya

Liverpool tidak pernah lupa untuk menghiburkan peminat bola sepak di seluruh dunia, kecuali penyokong mereka sendiri.

Selepas termendap di tangan Nottingham Forest, kali ini The Reds diaibkan pula sebuah lagi pasukan di bawahan liga iaitu Leeds United.

Bertempat di stadium keramat Anfield, Liverpool memulakan hari kelakar mereka dengan kesilapan Joe Gomez yang membolehkan Rodrigo Moreno terpaksa menjaringkan gol pada minit ke-4.

Liverpool jelas sekali pasukan yang dominan dalam perlawanan ini. Menguasai 70% bola dan melakukan 672 hantaran.

Namuns statistik itu tak memberikan apa apa. Kerana dalam bola sepak, ianya mengira jaringan.

Walaupun ketinggalan seawal minit ke-4, Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-14 untuk memastikan Liverpool kembali bersemangat.

Pemain antarabangsa Mesir, Mo Salah menampan masuk bola hasil hantaran full back antarabangsa Scotland iaitu Andy Roberston.

Malang buat pasukan yang berpangkalan di Merseyside itu kerana mereka hanya tahu menyerang namun tak reti nak menyudahkannya. Liverpool terus kesulitan dalam mendapatkan gol seterusnya ataupun gol kedua.

Darwin Nunez gagal menewaskan Illan Meslier dalam beberapa kali dia mendapat peluang.

Nunez yang dibeli dengan pakej keseluruhan EUR100 juta tidak menunjukkan kualiti sebenarnya. Walaupun sebelum ini Kostas Tsimikas melabel pemain itu adalah mesin gol.

Mungkin selepas ini dia harus fokus cara membuat skil berpusing pusing tepi padang je.

Pemain yang berwajah ganas itu gagal menemui sentuhan penyudah yang diharapkan. Hanya mampu tersenyum melihat percubaannya gagal.

Akhirnya Leeds pula yang menjaringkan gol kedua pada minit ke-88 menerusi Summerville.

Pemain yang tidak begitu mendapat perhatian sebelum ini berbanding dengan Nunez. Telah mengajar cara sebenar seorang penyerang menjaringkan gol.

Klopp kelihatan sugul meratapi kekalahan keempat pasukannya. Dan usaha mereka untuk tidak beraksi di UCL musim hadapan semakin menjadi kenyataan.

Illan Meslier menjadi watak pentig dalam kemenangan Leeds kali ini. Di mana dia melakukan 9 penyelamatan pintar berkelas dunia untuk memastikan penyokong Liverpool kembali tersandung selepas terbang tinggi dengan kemenangan ke atas Ajax dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.

Hanya 1 sahaja bola yang dilepaskan oleh Meslier pada hari yang indah dan mulia ini.

Liverpool sekali lagi berdepan dengan masalah di bahagian pertahanan. Di mana mereka sudah melepaskan 15 bolos musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Angka itu tanda bahawa Liverpool sememangnya bukan pencabar kejuaraan untuk musim ini.

Alisson menjadi penyelamat Liverpool daripada kekalahan yang lebih memalukan ditanggung oleh The Reds. Ketika kelab mereka baru membentangkan pelan rekaan terbaru Anfield.

Ini adalah kekalahan kedua berturut turut Liverpool dalam EPL selepas kalah di tangan Forest.

Jika keadaan berterusan, mereka semakin menuju ke zon penyingkiran. Pastinya realiti itu tidak mahu dikenang oleh Liverpool.

Kekalahan ini juga bermakna Liverpool kini 8 mata di belakang pasukan di tangga keempat iaitu Newcastle United. Kedudukan terakhir untuk melayakkan diri ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Dengan prestasi semasa pasukan The Reds atat Liverpool, mereka kelihatan sedang mensasarkan pengalaman beraksi di Liga Persidangan Eropah ataupun Pertandingan Bola Sepak Liga DUN.

Di ruangan komen di media sosial rasmi Liverpool. Sudah ada suara suara yang melaungkan Klopp Out.

Adakah Tactician asal Jerman itu akan dipecat dalam masa terdekat? Dan siapakah pengganti beliau kalau dia dipecat?

Kerana ketika ini, Dollah Salleh sedang sibuk melatih pasukan Sri Pahang.

BACA:  Empat Pemain Remaja Yang Bakal Cipta Nama Pada Musim Baru