Rio Ferdinand Mahu Mbappe Sertai Manchester United, Kelab Terhebat Di Dunia

Legenda Manchester United, Rio Ferdinand telah memberikan hint besar tentang kemungkinan Kylian Mbappe berpindah ke Old Trafford.

Fabrizio Romano mendedahkan bahawa Kylian Mbappe mahu meninggalkan PSG segera pada Januari akan datang. Ini kerana dia kurang kegembiraan dan keceriaan dengan apa yang berlaku di PSG p[ada ketika ini.

Selaku pemegang taruh dan kunci pembangunan sukan di PSG seperti termaktub dalam kontrak baharunya, Mbappe tidak gembira sama sekali dengan taktikal pengurusnya iaitu Christophe Galtier.

Sebagai peringatan, Galtier merupakan pengurus yang turut mendapat sokongan Mbappe sebelum ini. Kerana kecewa dengan Galtier yang tidak dapat menyediakan taktikal yang menggembirakannya. Mbappe mahu mencari kebahagian di tempat lain.

Tak gembira taktikal Galtier

Sebelum ini Mbappe dengan terbuka mengkritik taktikal Christophe Galtier. Menurut Mbappe, dia lebih gemar dengan sistem permainan di Perancis berbanding dengan PSG.

Di Perancis dia bermain lebih bebas dengan adanya target man di hadapannya. Di PSG, peranannya lebih terhad dan terkongkong dalam sistem attacking 3 bergandingan dengan Messi dan Neymar.

Baru baru ini, selepas PSG seri dengan Reims, Mbappe turut menyindir Galtier sekali lagi dengan menulis pivot gang pada post di Instagramnya, yang kemudian dipadamkannya.

Mbappe membandingkan peranannya ketika di Perancis, di mana dia ada Olivier Giroud dan Benzema sebagai target man.

Galtier pernah menjawab kritikan terbuka Mbappe. Di mana Galtier menyatakan dia menerima secara terbuka pandangan dan analisis Mbappe.

Galtier malah berkata bahawa mereka masih berusaha mendapatkan pemain yang sesuai dengan Mbappe pada profile seperti Giroud. Namun mereka masih gagal mendapatkannya ketika ini.

Terbaru Mbappe mempertimbangkan untuk meninggalkan PSG pada Januari ini.

Dia merasakan keadaan semasa di PSG akan menyukarkan impiannya untuk menjulang UCL dan memenangi Ballon d’Or. Beberapa bulan lalu, Mbappe menyatakan bahawa dia mahu menjadi pemenang Ballon d’Or.

Menurut Mbappe pada usianya kini, dia sangat mahukan penghargaan seperti Ballon d’Or. Dia yakin dia antara calon pilihan dan merasakan hanya Benzema sahaja yang menjadi pencabarnya ketika ini.

Selain itu, dia juga mahukan taktikal yang boleh dia mainkan sama seperti di Perancis untuk membantu negaranya dalam kempen Piala Dunia 2022 yang akan datang.

Bukan itu sahaja, Mbappe turut merasakan bahawa dia masih lagi pemain yang bukan paling berkuasa seperti yang dijanjikan PSG kepadanya.

Sebaliknya Mbappe melihat Messi masih lagi menjadi pemain paling berkuasa. Pemain pemain lain lebih menghormati Messi berbanding dia.

Mbappe sebelum ini dijanjikan bahawa dia akan menjadi pemain paling berkuasa dan memiliki kuasa ala pemilik kelab. Berhak dalam bersuara untuk isu isu berkaitan jual beli pemain serta perlantikan jurulatih yang sesuai dengan kemahuannya.

PSG memberikan kuasa khas itu ketika mereka cuba menghalang Mbappe ke Real Madrid.

Rio Ferdinand: Mbappe ke Manchester United

Rio Ferdinand kemudian mengusik peminat Manchester United mengenai Mbappe akan berpindah ke Man United. Dia seolah olah membayangkan bahawa Mbappe sudah ditakdirkan untuk menyertai Red Devils sekiranya dia meninggalkan PSG.

Legenda Man United itu mentweet gif dirinya memeluk bintang itu pada malam Selasa lalu, bersama-sama dengan kapsyen: “Done Deal #AgentFerdy.”

Rio mahu bekas kelabnya mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu. Sementara itu, kini masih belum diketahui siapa yang boleh mendapatkan bintang pemenang Piala Dunia itu sekiranya dia meninggalkan PSG.

Namun Mbappe dikenali dengan minatnya ke atas idolanya Cristiano Ronaldo.

Real Madrid masih dikatakan kelab utama yang bakal mendapatkan Mbappe jika benar pemain itu keluar dari PSG.

Manchester United dianggap kelab terhebat di dunia sebaris dengan nama nama seperti Real Madrid dan Barcelona. Mereka merupakan kelab paling banyak pengikut di dunia terutama sekali di media sosial.

Apa yang pasti, peminat Manchester United sudah meminta Ferdinand memujuk Mbappe menyertai Manchester United.

Bayangkan Mbappe benar benar menyertai Manchester United. Bergandingan dengan Antony, Sancho, Ronaldo, Martial, Rashford, fuhhh memang mantap.

BACA:  Mbappe Menterbalikkan Nasib Perancis Dalam Tempoh 97 saat Untuk Ke Masa Tambahan