Mbappe Sertai Kelab Impiannya Real Madrid

Kylian Mbappe rasminya menyertai juara Eropah 15 kali iaitu Real Madrid yang masih lagi dalam mood keraian UCL mereka baru baru ini.

Mbappe menyertai Real Madrid secara percuma setelah kontraknya dengan Paris St Germain berakhir begitu sahaja akibat kedua dua pihak gagal mencapai kesepakatan untuk lanjutan.

Berlaku perbalahan sebelum ini antara PSG dan Mbappe. Kerana kelab itu tidak dapat menerima mereka kehilangan Mbappe secara percuma.

Namun itulah bola sepak! Apabila kelab sebesar Real Madrid datang kepada seseorang pemain itu, tidak susah untuk mereka meninggalkan kelab jaguh kampung seperti PSG.

Florentino Perez menjadi mastermind dalam perpindahan ini. Dia berjaya meyakinkan Mbappe untuk menyertai Real Madrid. Walaupun beberapa tahun lalu Perez pernah bengang dengan Mbappe yang tak jadi datang ke Madrid.

Kini Real Madrid memiliki seorang lagi bintang muda berkelas dunia selepas mereka memiliki Vini Jr dan Jude Bellingham serta beberapa nama lain lagi.

Sepanjang di PSG, Kylian Mbappe gagal membantu kelab itu menjuarai sebarang UCL. Pernah layak ke final sekali dan kalah.

Kini dia bermain untuk kelab yang memiliki sejarah dan reputasi luar biasa dalam Liga Juara Juara Eropah.

Mbappe menyatakan dia benar benar teruja menyertai Real Madrid yang dia sokong sejak kecil.

“Impian menjadi kenyataan, menyertai kelab impian saya Real Madrid.

“Tiada orang dapat jelaskan betapa gembiranya saya saya sekarang. Tak sabar dah nak berjumpa dengan kami Madridistas, dan terima kasih di atas sokongan luar biasa anda semua. Hala Madrid!”

Laporan menyebut Mbappe tidak akan memakai jersi no.10. Kerana dia masih menghormati Luka Modric yang kekal setahun lagi di kelab itu.

Mbappe akan memakai jersi no.9 di Real Madrid. Dan dia berpeluang memakai jersi 10 itu apabila Luka Modric meninggalkan kelab itu kelak.

Peminat bola sepak seluruh dunia menganggap kehadiran Mbappe akan membuatkan juara Sepanyol itu benar benar pasukan yang sangat lengkap. Dengan ramai pemain yang berada pada usia terbaik mereka.

Kini Mbappe fokus kepada Euro 2024 yang akan dilangsungkan di Jerman. Mbappe tidak menyertai skuad Olimpik Perancis yang akan beraksi di tempat sendiri

BACA:  Mak Kylian Mbappe Minta Real Sediakan £125 Juta Sebagai Yuran Penandatanganan