Mak Kylian Mbappe Minta Real Sediakan £125 Juta Sebagai Yuran Penandatanganan

Mak Kylian Mbappe, Fayza Lamari meminta Real Madrid untuk mengeluarkan dana bernilai £125 juta sebagai yuran untuk anaknya menandatangani perjanjian bersama gergasi La Liga itu.

Los Blancos dilaporkan kini menjadi antara pasukan kegemaran yang dikatakan bakal menandatangani Kylian Mbappe pada jendela perpindahan musim panas nanti.

​Kontrak bintang Perancis itu bersama Paris Saint Germain akan tamat pada penghujung musim nanti dengan Real Madrid dikatakan bersedia untuk menawarkan kontrak mega kepadanya.

Walau bagaimanapun, ketika Real Madrid sempat berfikir yang mereka bakal sangat beruntung kerana akan memiliki Kylian Mbappe secara percuma, ibu kepada penyerang Perancis itu pula muncul mengeruhkan keadaan.

Daripada kononnya sangat beruntung kerana akan memiliki bintang terhebat dunia, Real Madrid malah bakal menanggung rugi besar kerana terpaksa membayar yuran yang tak sepatutnya.

Mak kepada Kylian Mbappe telah meminta dana bernilai £125 juta dari Real Madrid sebagai bonus penandatanganan untuk mendapatkan tandatangan anaknya.

Okdiario’s Eduardo Inda melaporkan yang Fayza Lamari telah memberitahu Real Madrid sendiri tentang hal tersebut dan ia jelas bakal memberi masalah kepada gergasi La Liga itu untuk mendapatkan Mbappe.

Mbappe melengkapkan perpindahan dari AS Monaco ke PSG dengan yuran perpindahan bernilai £163 juta, dengan nilai £125 juta yang diminta oleh Mak beliau itu sepertinya tak jauh beza dengan jumlah yang PSG pernah bayar untuk dapatkan beliau pada tahun 2018 yang lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu telah menghabiskan waktu selama lima musim di Parc des Princes dan tidak dinafikan beliau telah menikmati karier yang sungguh menakjubkan bersama gergasi Ligue 1 itu.

Beliau berjaya menjaringkan lebih dari 150 gol dan pada ketika ini beliau sudah berjaya menjaringkan 26 gol dari semua pertandingan bersama PSG sepanjang musim ini.

Walau bagaimanapun, musim ini berkemungkinan bakal menjadi musim terakhir beliau bersama Paris Saint Germain, dengan Mbappe menolak semua tawaran dari pihak kelab yang mahu beliau untuk terus kekal di Parc des Princes.

Pihak kelab dilaporkan turut menawarkan kontrak baru dengan tawaran bonus penandatanganan bernilai £83 juta untuk memastikan Mbappe kekal.

Paris Saint Germain musim ini sekali lagi gagal untuk memenangi gelaran Champions League, walaupun mereka memiliki barisan pemain terhebat dunia dalam skuad.

Kylian Mbappe berjaya menjaringkan gol dalam kedua-dua leg ketika aksi bertemu Real Madrid di pusingan 16 terbaik, namun sayangnya jaringan beliau itu gagal membawa PSG ke peringkat suku akhir.

Paris Saint Germain kena comeback ketika aksi leg kedua di Santiago Bernabeu, dengan mereka dari mendahului 1-0, kemudian terpaksa akur tewas 3-1 di tangan Real Madrid.

Karim Benzema mencatat hat-trick untuk membawa Real Madrid ke peringkat suku akhir, sementara PSG terpaksa pulang hampa walau mereka dua kali mendahului lawan dalam aksi kedua-dua leg tersebut.

Real Madrid sememangnya sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Kylian Mbappe, namun permintaan mak beliau sepertinya akan sedikit mengganggu usaha Los Blancos untuk dapatkan bintang PSG itu.

Paris Saint Germain sendiri sementara itu turut sedang dalam usaha mereka untuk memujuk Mbappe, dengan pelbagai tawaran lumayan telah ditawarkan oleh kelab kepadanya.

Mbappe sepertinya masih ada masa yang cukup untuk memikirkan ke mana destinasi beliau selepas ini, namun mengikut keadaan semasa, beliau sepertinya sudah benar-benar tidak mahu kekal di Parc des Princes.

Jika beliau sendiri turut sama berminat mahu ke Real Madrid, mungkin Mbappe perlu cuba memujuk ibunya supaya tidak meminta yuran yang pelik-pelik.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Shiekh Mansour Sanggup Keluarkan Berapa Sahaja Untuk City Tandatangani Bintang PSG