PSG Sedia Tawarkan Gaji RM514.13 Juta Semusim Untuk Mbappe Lupakan Real Madrid

Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan akan menawarkan kontrak baharu dengan gaji €100 juta (RM514.13) setahun untuk Kylian Mbappe menolak tawaran daripada Real Madrid dan kekal di Parc des Princess melangkaui musim panas ini.

Bintang dari Perancis itu secara rasmi dibenarkan untuk berbincang dengan kelab lain pada 1 Januari lalu apabila kontrak bersama PSG hanya kekal 6 bulan sahaja lagi.

Laporan dari Perancis pada awal bulan ini mengatakan Mbappe sudah bersetuju menyertai Real Madrid pada musim panas akan datang, 18 bulan selepas pemain itu menolak peluang untuk ke Estadio Santiaga Bernabeu untuk kekal di Ligue 1.

Namun menurut laporan terbari Afterfoot RMC, PSG kini sedia untuk menjadikan penyerang berusia 25 tahun itu sebagai atlet yang menerima gaji tertinggi di planet bumi untuk memastikan masa depannya terus bersama kelab itu.

Ini bermakna secara purata Mbappe akan menerima €2.1 juta (RM10.8 juta) seminggu sekiranya menerima tawaran tersebut.

Bercakap kepada Afterfoot RMC pada Isnin lalu, wartawan Perancis Daniel Riolo menganggap perjanjian tersebut sebagai tawaran yang tidak akan mampu ditandingi oleh mana-mana kelab lain di dunia daripada segi kewangan.

“Ia perkara yang anda tidak pernah lihat sebelum ini, sesuatu yang sangat luar biasa. Ia sebenarnya lebih daripada €100 juta semusim,” katanya.

Jumlah bayaran tersebut dipercayai hanya gaji asas yang akan diterima Mbappe tidak termasuk pendapatan lain seperti hak imej dan komersial.

“[Tawaran] ini akan memanfaatkan abangnya, untuk keluarganya dan agensi yang menaungi Mbappe dikendalikan ibunya, dan itulah yang mereka mahukan,” tambahnya lagi.

Tawaran terbaru daripada PSG ini jauh melangkaui apa yang Real Madrid tawarkan iaotu sekitar €30 juta semusim. Tawaran itu sahaja sudah dua kali ganda melangkaui struktur gaji di Real Madrid pada ketika ini.

Walaupun demikian jumlah tersebut tidak dapat menandingi apa yang PSG sedia tawarkan untuk penyerang antarabangsa Perancis itu.

“Mereka [PSG] seolah-olah menyediakan segala-galanya seperti kerajaan Rom purba, kerahaan Greece dan piramid di Mesir untuk pemain [Mbappe] itu,” kata Riolo untuk memberi gambaran tawaran tersebut.

“Pada masa yang sama kita juga bercakap mengenai perkara yang normal di Real Madrid, tawaran sekitar €30 juta semusim, atau mungkin lebih sedikit. Itu jumlah yang normal diterima oleh seorang pemain bola sepak.

“Di atas kertas terdapat perbezaan jauh [untuk kedua-dua tawaran] yang kita tidak pernah lihat. Apa yang PSG tawarkan sangat luar biasa.”

BACA:  Bekas Direktor Liverpool Yakin Klopp Tidak Akan Tergoda Dengan Tawaran Real Madrid