Mbappe Jadi Penerima Gaji Tertinggi Di Real Madrid Atasi Vinicius Dan Bellingham

Real Madrid akan menjadikan Kylian Mbappe sebagai penerima gaji termahal di kelab itu. Mengatasi gaji Vinicius Jr dan Jude Bellingham.

Kylian Mbappe rasminya mengumumkan dia akan meninggalkan PSG selepas tamat musim ini.

Mbappe habis kontrak di PSG dan akan pergi secara percuma. Dia sudah lama dikaitkan dengan Real Madrid.

Dengan Florentino Perez benar benar mahu menjadikan dia bintang utama baharu kelab yang penting dari sudut kesukanan dan komersial.

Kali terakhir Real Madrid memiliki pemain yang benar benar berkuasa dari segi komersial dan hebat di atas padang adalah Cristiano Ronaldo.

Mbappe memiliki segala ciri ciri yang diperlukan Real Madrid untuk menguatkan semula pengaruh mereka selaku kelab yang berpengaruh di dunia.

Buat masa ini, Real Madrid enggan mengulas atau mengumumkan apa apa tentang Mbappe. Kerana fokus mereka adalah persiapan untuk final Liga Juara Juara Eropah yang akan dilangsungkan di Wembley menentang Borussia Dortmund.

Pada 2017, ketika Mbappe di Monaco, Florentino Perez sudah meminati Mbappe. Ketika itu Real Madrid tidak dapat menunaikan permintaan gaji Mbappe yang dianggap terlalu tinggi.

Mbappe meminta €12 juta selepas cukai. Permintaan itu dianggap terlalu tinggi. Dan Real Madrid tidak rela mengeluarkan nama nama seperti Gareth Bale atau Karim Benzema daripada bil gaji pasukan mereka.

Kini Mbappe sedia untuk menerima gaji tertinggi di Real Madrid. Dengan dia juga diberikan kuasa ke atas pakej komersial secara peribadi.

Mbappe pada pra musim lalu menolak tawaran gaji €200 juta selepas cukai daripada sebuah kelab di Arab Saudi. Kerana dia mahu bermain di eropah terutama sekali untuk Real Madrid.

Tindakan Mbappe itu membuatkan Nasser Al Khelaifi bengang kerana PSG boleh mendapatkan sekitar €150 juta daripada penjualan pemain itu. Daripada  melihat dia pergi secara percuma.

Kylian Mbappe turut menolak sebarang rundingan dengan kelab dari EPL. Menurut Fabrizio Romano, ada beberapa kelab Inggeris yang mahukan Mbappe. Namun pemain itu sudah membulatkan tekadnya bahawa dia hanya mahu ke Real Madrid selepas meninggalkan PSG.

Mbappe akan menerima gaji €25 juta selepas cukai. Jauh lebih besar daripada David Alaba (€10.8 juta) dan Toni Kroos (€10.7 juta) yang merupakan dua penerima gaji tertinggi di Madrid.

Jude Bellingham juga dikatakan menerima gaji sekitar gaji Alaba dan Toni Kroos. Yang dianggap berada di tingkat teratas dalam struktur piramid gaji Real Madrid.

Kemudian kumpulan kedua ialah Éder Militão, Thibaut Courtois, Antonio Rüdiger dan Vinícius Júnior yang menerima gaji sekitar €8 juta semusim.

BACA:  Mbappe Menterbalikkan Nasib Perancis Dalam Tempoh 97 saat Untuk Ke Masa Tambahan