Mbappe Menterbalikkan Nasib Perancis Dalam Tempoh 97 saat Untuk Ke Masa Tambahan

Kylian Mbappe yang hilang hampir keseluruhan perlawanan akhirnya muncul menjadi wira penyelamat Perancis untuk menterbalikkan nasib Perancis hanya dalam tempoh 97 saat untuk kembali menyamakan kedudukan.

Selepas ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama, Perancis dilihat seperti tiada masa hadapan dengan Argentina bertali arus melancarkan serangan untuk memadamkan terus perlawanan.

Berbaki 15 minit perlawanan masih tiada tanda-tanda yang Perancis mampu untuk mengubah nasib perlawanan.

Pada minit ke-78, Nicolas Otamendi telah mengasari Randal Kolo Muani untuk sepakan penalti, tanpa Antoine Griezmann yang sudah keluar, Mbappe mengambil tanggungjawab.


Sepakan ke sebelah kiri menjadi arah sepakan Mbappe dan Emiliano Martinez membuat bacaaan tepat namun rembatan Mbappe terlalu deras.

97 saat perbezaan masa antara gol pertama Mbappe dan gol penyamaan. Mbappe tiba-tiba muncul dalam perlawanan ketika berbaki 10 minit.

Kingsley Coman berjaya menewaskan Messi dalam perebutan bola lalu melancarkan gerangan dengan menolak bola kepada Marcus Thuram.

Hantaran cantik Marcus Thuram berjaya menemui Mbappe yang langsung tidak dikawal lalu telah melepaskan satu rembatan deras menewaskan Martinez.

97 saat perbezaan masa antara gol pertama Mbappe dan gol penyamaan. Mbappe tiba-tiba muncul dalam perlawanan ketika berbaki 10 minit.

Skrip sama ketika Argentina menentang Belanda terjadi lagi dan apa kesudahannya dan masa kecederaan 8 minit akan menjadi penentu kejuaraan jika tidak akan dibawa ke masa tambahan.

Rembatan Andrian Rabiot selepas menerima hantaran Camvinga berjaya diselamatkan Lloris. Dan Perancis tiba-tiba pandai bermain bola.

Lionel Messi hampir menamatkan perlawanan dengan rembatan deras namun tepat perginya ke arah Lloris dan perlawanan di bawa ke masa tambahan.

Messi Letakkan Argentina Mendahului Sebelum Di Maria Menggandakan Gol

Lione Messi yang menjadi harapan Argentina untuk menjulang Piala Dunia nyata tidak menghampakan apabila meletakkan Argentina di depan dan Ousmane Dembele menjadi punca.

Argentina ternyata dominan dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 dengan terus menekan Perancis dari awal permainan lagi dengan serangan bertali arus.

Ousmane Dembele mengundang padah dengan satu tindakan tidak berakal apabila membentes lembut kaki Angel Di Maria dari belakang di dalam kotak penalti.

Walaupun lembut tapi ckup untuk pengadil memberikan sepakan penalti yang terus disempurnakan Lionel Messi pada minit ke-23 dengan tendangan ke kanan dan menghantar Lloris ke kiri.

https://twitter.com/Transctimes/status/1604503237213552642

Pada minit ke-36 Angel Di Maria menggandakan kedudukan melalui satu gerakan serangan balas pantas yang indah lagi menarik.

Lionel Messi memulakan gerakan dengan melepaskan bola dari kawasan padat dengan satu hantaran kepada Julian Alvarez.

Kemudian Julian Alvarez menolak kepada Alexis MacAllister yang meneruskan larian yang tidak dapat dikejar disebelah kanan.

Angel Di Maria hadir dengan satu larian dari sebelah kiri yang langsung tidak dikawal untuk menerima hantaran Alexis MacAllister.

Satu sentuhan penyudah bijak lagi tenang ditunjukkan oleh Angel Di Maria dengan satu sungkitan yang cantik menewaskan Hugo Lloris buat kali kedua.

Didier Deschamps membuat dua pertukaran segera mengeluarkan Olivier Giroud dan Ousmane Dembelem, untuk Randal Kolo Muani dan Marcus Thuram.

Paolo Maldini telah bermain paling banyak minit dalam sejarah Piala Dunia: 2,217 minit. Messi mencatatkan 2,194 minit permainan sebelum perlawanan bermula.

Pada minit ke-23 ketika menjaringkan sepakan penalti, Messi telah menyamai minit permainan Paolo Maldini dan memecahkan rekod itu seminit kemudian.

Lionel Messi juga telah melebarkan rekod 19 penampilan sebagai kapten dalam Piala Dunia. Dia diikuti Rafa Marquez (17) dan Diego Maradona (16).

Lothar Matthaus dan Messi berkongsi rekod penampilan terbanyak Piala Dunia dengan 25 penampilan. ‘La Pulga Atomica’ terus mendahului dan memecahkan rekod ini selepas perlawanan akhir bemula dengan penampilan ke-26.

Argentina: Emiliano Martinez, Molina, Romero, Otamendi, Tagliafico, Di Maria, De Paul, Fernandez, Mac Allister, Messi, Alvarez.

Pemain Simpanan: Armani, Foyth, Montiel, Paredes, Pezzella, Acuna, Rulli, Palacios, Correa, Almada, Gomez, Rodriguez, Dybala, Lisandro Martinez, Lautaro Martinez.

France: Lloris, Kounde, Varane, Upamecano, Theo Hernandez, Tchouameni, Rabiot, Dembele, Griezmann, Mbappe, Giroud.

Pemain Simpanan: Pavard, Disasi, Guendouzi, Muani, Fofana, Veretout, Mandanda, Saliba, Coman, Areola, Konate, Camavinga, Thuram.

Referee: Szymon Marciniak (Poland).

Perjalanan Argentina ke Final Piala Dunia 2022

Piala Dunia 2022 merupakan penampilan ke-18 Argentina di Piala Dunia dan telah bermain 87 perlawanan dengan mencatatkan 47 kemenangan, 16 seri dan 24 kekalahan. Dua kali kalah (1930, 1978) kepada Argentina dan menang sekali (2018).

Sebelum ini Argentina telah muncul juara Piala Dunia sebanyak dua kali dalam lima perlawanan akhir (1930, 1978, 1986, 1990, 2014) dan pencapaian terbaik mereka ini dicapai pada Piala Dunia 1978 dan 1986.

Argentina berada dalam kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan Polans. Argentina bangkit selepas tewas kepada Arab Saudi untuk menang dalam baki dua perlawanan dan menjadi juara kumpulan.

1. Argentina 1-2 Arab Saudi
2. Argentina 2-0 Mexico
3. Poland 0-2 Argentina

Dipusingan kalah mati perjalanan Argentina agak lancar kecuali di suku akhir apabila ditentang sengit oleh Belanda dan mencetuskan kontroversi lantaran terjadinya provokasi dari Belanda yang telah dibalas kembali oleh Argentina.

Lionel Messi menampilkan sisi lai yang keras dan melawan dengan memaki pemain Belanda dan telah berdepan dengan Louis van Gaal supaya menutup mulutnya.

Pusingan 16: Argentina 2-1 Australia

Suku Akhir: Belanda (3) 2–2 (4) Argentina
Separuh Akhir: Argentina 3-0 Croatia

Final: Argentina Perancis

Perjalanan Perancis ke final Piala Dunia 2022

Piala Dunia 2022 merupakan penampilan ke-16 Perancis di pentas Piala Dunia dengan telah bermain 72 perlawanan dengan mencatatkan 39 kemenangan, 13 seri dan 20 kekalahan. Dua kali kalah (1930, 1978) kepada Argentina dan menang sekali (2018).

Perancis telah muncul juara Piala Dunia sebanyak dua kali dalam tiga perlawanan final (1998, 2006, 2018) dan pencapaian terbaik mereka ini dicapai pada Piala Dunia 1998 dan 2018.

Di Piala Dunia 2022, Perancis telah diundi berada dalam kumpulan D yang turut dihuni oleh Australia, Denmark dan Tunisia dan mara selaku juara kumpulan walaupun dikejutkan Tunisia pada perlawanan terakhir kumpulan.

1. Perancis 4-1 Australia
2. Perancis 2-1 Denmark
3. Tunisia 1-0 Perancis

Perancis juga mendapat laluan mudah apabila bertemu Poland yang hampir tidak melawan sepanjang perlawanan untuk mara ke suku akhir dan lebih mudah menewaskan England untuk ke separuh akhir dan kelebihan penyudah klinikal membolehkan Perancis menyingkirkan Maghribi untuk bertemu Argentina ke final.

Pusingan 16: Perancis 3-1 Poland

Suku Akhir: England 1-2 Perancis
Separuh Akhir: Perancis 2-0 Maghribi

Final: Argentina vs Perancis

BACA:  Dani Alves Menyarankan Kepada Barca Supaya Kejar Mbappe Bukannya Haaland