Kylian Mbappe dilaporkan bersetuju untuk melupakan bayaran bonus yang sepatunya dibayar oleh PSG kepadanya.
Menurut kontrak terdahulu, Mbappe sepatutnya menerima bonus khas di atas kesetiaan dia kepada PSG selepas semusim. Bonus itu bernilai £70 (RM406 juta) akan diterima oleh Mbappe.
Masa depan Mbappe di PSG hangat diperkatajan sejak beberapa tahun lalu dan pemain bintang Perancis itu dikatakan mahu meninggalkan PSG untuk menyertai Real Madrid sebaik sahaja kontraknya tamat pada 2022.
Mbappe kemudian melakukan u-turn dan menandatangani kontrak baharu sehingga 2024, dengan klausa khas pilihan untuk kekal sehingga 2025 yang hanya boleh diaktifkan oleh pemain itu sendiri.
🔴 Update on Kylian Mbappe: No bonus payout for now as PSG and Mbappe reach an agreement. 💰 Bonuses amount to around €80M. pic.twitter.com/u9cRKiEeuW
— Football Fanatics ❌ (@FootyFanaticsX) November 17, 2023
Musim panas lalu masa depan Mbappe kembali menjadi bualan hangat apabila pemain itu disingkirkan daripada skuad utama setelah pemain itu memaklumkan kepada pihak pengurusan dirinya tidak akan kekal bersama jaguh Ligue 1 itu melangkaui musim panas 2024.
Ini bermakna PSG berpotensi kehilangan Mbappe sebagai ejen bebas pada musim panas akan datang.
PSG kemudiannya memberi tekanan kepada Mbappe dengan tidak membawanya ke Jepun dan Korea Selatan untuk pra musim, selain turut diarahkan berlatih secara sendirian.
RMC Sport mededahkan Mbappe sebenarnya dibenarkan kembali menyertai skuad utama selepas pemain itu bersetuju untuk melupakan bonus kesetiaan yang sepatutnya dibayar kepadanya.
Sebelum ini terdapat laporan PSG hanya membenarkan Mbappe menyertai skuad kendalian Luis Enrique sekiranya pemain itu menandatangani kontrak baharu.
🚨 Kylian Mbappé has agreed with PSG that various bonuses will not be paid to him for the moment. ❌
The bonuses add up to approximately €80M.
(Source: @FabriceHawkins) pic.twitter.com/wboaU1STwo
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 16, 2023
Mbappe bagaimanapun terus berdegil berbuat demikian dan usaha melepaskan pemain itu ke kelab Arab Saudi turut menemui jalan buntu apabila Mbappe enggan berunding.
Akhirnya PSG mengubah pendekatan mereka dan memaksa Mbappe melupakan hutang bonus kesetiaan £70 juta untuk membenarkan Mbappe kembali beraksi.
Walaupun demikian pada masa ini Mbappe masih tidak mempunyai niat untuk terus kekal bersama PSG.
Di sebalik permulaan perlahan PSG di Ligue 1 pada musim ini, Mbappe jelas kekal bersemangat apabila menjaringkan 13 gol daripada 11 penampilan untuk mengembalikan PSG di kedudukan teratas liga.