Wakil PSG Sudah Temui Ejen Rashford Secara Rahsia, Plot Perpindahan Musim Panas Ini

Paris Saint-Germain (PSG) dipercayai telah memperbaharui minat untuk mendapatkan Marcus Rashford, walaupun pemain penyerang itu bergelut dengan prestasi bersama Manchester United pada musim ini.

Minat PSG untuk mendapatkan Rashford sebenarnya bukan rahsia lagi sebelum penyerang berusia 26 tahun itu mengikat kontrak jangka masa panjang untuk kekal di Old Trafford pada tahun lalu.

Walaupun demikian media di UK mendedahkan PSG masih melihat produk akademi United itu sebagai sasaran utama di jendela perpindahan pemain pada musim panas ini.

Malah kelab Ligue 1 itu turut melihat Rashford sebagai pemai paling sesuai sebagai pengganti Kylian Mbappe yang dikhabarkan bakal menyertai Real Madrid pada musim panas akand datang.

Untuk itu PSG sedia untuk menguji United dengan bidaan bernilai £75 juta pada musim panas ini untuk penyerang versatil yang mencetak 30 gol untuk United pada musim lalu.

Walaupun cemerlang pada musim lalu Rashford dilihat gagal mengulangi pencapaian hebatnya itu pada musim ini. Ini menyebabkan prestasi di atas padang pemain itu dikritik peminat, apatah lagi Rashford kini antara pemain yang menerima gaji termahal di Old Trafford bernilai £350,000 seminggu.

Laporan dari UK mendedahkan wakil dan pegawai dari PSG telah menemui ejen kepada Rashford di UK baru-baru ini dan bersedia untuk menawarkan £400,000 seminggu untuk pemain itu.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi turut tidak berselindung mengenai perancangan mendapatkan khidmat Rashford untuk saingan musim hadapan.

“Kami tidak menyembunyikan [minat]. Kami telah berbincang dan juga berminat. Tetapi pada masa ini ia tidak sesuai untuk kedua-dua pasukan [membincangkan perpindahan]. Mungkin, musim panas nanti. Kenapa tidak?,” kata Al-Khelaifi.

BACA:  Jurulatih Perancis Mahu Anthony Martial Pertimbang Sertai Juventus