Mbappe Masih Tak Dapat Gaji Sejak Februari

PSG nampak gayanya sedang meniru pengurusan kelab kelab di Malaysia apabila mereka culas membayar gaji Kylian Mbappe.

Peguam kepada Mbappe dilaporkan bengang dengan PSG yang masih belum membayar gaji Mbappe sejak Februari lalu.

Bukan sahaja gaji, bonus Mbappe pun masih belum dibayar oleh kelab Perancis itu.

Terkenal sebagai kelab yang kaya raya dengan duit Pak Arab yang mengalir bagai air paip, PSG tidak malu untuk bertangguh dalam pembayaran gaji pemain mereka.

Mbappe merupakan penerima gaji tertinggi di PSG pada ketika ini. Dan dia sudah memutuskan mahu meninggalkan kelab itu selepas musim ini.

Real Madrid menjadi destinasi yang dikatakan pilihan yang sudah dipilih oleh Mbappe. Dengan Florentino Perez akhirnya berjaya memiliki insan bernama Mbappe yang sudah menjadi dambaan di Madrid sekian lama.

Namun begitu, Mbappe kini perlu menagih gajinya yang masih tertunggak di PSG. Dia sebelum ini ada bonus kesetiaan bernilai €80 juta di kelab itu. Pada awalnya dia dilaporkan setuju untuk tak menuntut. Namun dia menuntut sekali bonus itu yang patut dia dapat pada Februari lalu.

Hubungan Mbappe dengan PSG agak tegang. Dengan Nasser Al Khelaifi masih tidak dapat menerima keputusan Mbappe untuk meninggalkan kelab itu. Sedangkan mereka selama ini menatang Mbappe seperti mintak RON 97 yang penuh.

Beberapa minggu lalu, Nasser Al Khelaifi dan Mbappe dikatakan bertengkar di hadapan pemain lain. Presiden PSG itu bengang Mbappe tidak menyertakan namanya dalam video ucapan perpisahannya.

Mbappe hanya mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatihnya, pengarah sukan, peminat dan rakan sepasukannya sepanjang dia berada di PSG

Oleh sebab masih bengang dengan Mbappe, PSG menangguhkan pembayaran gaji tertunggak sejak April termasuk bonus €80 juta.

Kemarahan itu memuncak apabila Khelaifi memang dah lama tak suka dengan Real Madrid. Boleh pula Mbappe dikaitkan dengan kelab itu.

Real Madrid sebelum ini pernah memujuk Mbappe menyertai mereka secara percuma beberapa tahun lalu. Namun pemain itu membuat kejutan apabila menandatangani kontrak baharu dengan kelab itu.

Musim lalu, Real Madrid pernah menghantar bidaan sekitar €200 juta untuk membeli Mbappe – menurut Florentino Perez. Namun ditolak oleh PSG. Membuatkan Perez menyindir kelab itu, mempersoalkan di mana mereka mendapat sumber wang sehingga boleh menolak tawaran sebesar itu untuk pemain yang berada di tahun akhir kontraknya.

Kini Real Madrid berpeluang memiliki Mbappe secara percuma sahaja.

BACA:  Ejen Hakimi Bidas Ibu Mbappe Kerana Cubaan 'Sailang' Pemain Itu