TERKINI: Mbappe Dilaporkan Setuju Tinggalkan PSG

Kylian Mbappe dilaporkan bersetuju untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai Real Madrid sebaik sahaja kontraknya bersama gergasi Ligue 1 itu tamat pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Pendedahan tersebut dilaporkan oleh wartawan Footmercato, Santi Aouna dan turut dipetik oleh Forbes sebentar sahaja tadi.

Mbappe menandatangani kontrak baharu bersama PSG pada 2022 dan menolak peluang menyertai Madrid pada ketika itu.

Walaupun diraikan di Paris dengan Mbappe dilihat memegang jersi kelab dengan paparan nombor 2025 pada ketika itu, kontrak tersebut mengandungi pilihan untuk kekal bersama PSG selama setahun yang enggan diaktifkan pemain itu.

Ini bermakna Mbappe akan menyertai skuad kendalian Carlo Ancelotti sebagai ejen bebas pada musim panas akan datang.

Pada 4 Januari lalu Mbappe berkata dirinya belum membuat keputusan mengenai masa depannya, namun menegaskan dirinya sangat bermotivasi untuk menghadapi segala cabaran pada tahun ini.

“Ia amat penting. Seperti saya katakan kita ada kejuaraan untuk dikejar dan saya sudah memiliki satu. Selepas itu, saya belum putuskan. Saya belum lagi membuat pilihan,” kata Mbappe.

“Perjanjian yang saya buat dengan presiden (PSG) pada musim panas lalu, apa saja keputusan kemudian, pihak saya telah melindungi kepentingan semua pihak demi cabaran seterusnya, yang kekal menjadi perkara terpenting. Jadi biarlah [masa depan] terus menjadi perkara kedua.”

Pada awal Agad lalu The Times melaporkan Mbappe menolak tawaran Madrid selepas tidak bersetuju dengan tawaran yang diterimanya.

Namun laporan terkikini Footmercati dan Aouna yang merupakan sumber bola sepak terpaling boleh dipercayai di Perancis kemudiannya menegaskan Mbappe akan menjadi pemain Real Madrid pada Julai selepas kedua-duanya akhirnya mencapai kata sepakat beberapa hari lalu.

BACA:  Kaka: Saya Menyesal Tinggalkan AC Milan Untuk Sertai Real Madrid