Shiekh Mansour Sanggup Keluarkan Berapa Sahaja Untuk City Tandatangani Bintang PSG

Manchester City dijangka bakal mencabar Real Madrid dalam usaha mereka untuk menandatangani bintang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe.

Sheikh Mansour telah memberi mandat kepada kelab supaya berusaha mengejar Kylian Mbappe dan beliau akan sediakan dana berapa saja yang diperlukan.

Madrid gagal untuk membawa Mbappe ke ibu kota Sepanyol itu pada musim panas baru-baru ini, selepas PSG menolak tawaran bernilai £171.7 juta dari mereka pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup.

Paris Saint Germain berusaha keras untuk memastikan bintang handalan mereka itu tidak ditandatangani oleh mana-mana kelab.

Walaupun kontrak bintang Perancis itu bersama kelab bakal berakhir pada musim panas akan datang, namun PSG yakin mereka bakal mampu memujuk Mbappe untuk tandatangani kontrak baru.

Mbappe yang kini berusia 22 tahun bakal dibenarkan untuk berunding dengan mana-mana kelab luar bermula pada Januari ini dan beliau juga turut dibenarkan untuk menandatangani pra kontrak sebelum menyertai kelab tersebut pada musim panas akan datang.

Walau bagaimanapun, harapan Real Madrid untuk menandatangani bintang muda itu bakal diganggu oleh Juara bertahan Premier League, Manchester City.

Bercakap di The Transfer Podcast, Ian McGarry dan Duncan Castles mendakwa yang pemilik Man City, Shiekh Mansour telah mengarahkan staff beliau untuk mengejar Kylian Mbappe.

Laporan sama turut menyebut yang pemenang Piala Dunia 2018 itu berkemungkinan bakal beraksi dalam saingan Premier League musim hadapan, walaupun beliau sendiri sudah lama berkeinginan untuk beraksi bersama Real Madrid.

City ketika ini bersedia untuk menandatangani Kylian Mbappe walau berapa pun yang diminta oleh PSG dan bersedia untuk menghantar bidaan pada Januari nanti.

Kelab percaya yang tawaran dari mereka bakal menjadikan mereka calon paling layak untuk menandatangani Kylian Mbappe berbanding Real Madrid yang kini berharap akan dapat tandatangani bintang Perancis itu secara percuma sahaja.

Keinginan City untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Perancis bermaksud mereka bersedia untuk menawarkan lebih dari apa yang Real mampu tawarkan.

Juara bertahan Premier League itu akan berusaha bermati-matian untuk menandatangani pemain bertaraf dunia itu pada jendela perpindahan Januari ini atau pada musim panas 2022 nanti.

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane turut dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester City pada musim panas ini, namun urusan perpindahan tersebut digagalkan oleh Daniel Levy.

City menawarkan £100 juta untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang itu, namun Levy berkeras mahu £160 juta dan tidak akan melepaskan Kane dengan tawaran lebih rendah dari itu.

Pengurus City, Pep Guardiola kini mempunyai Gabriel Jesus dan Ferran Torres sebagai pilihan utamanya di posisi serangan, namun beliau tetap mahu mencari pengganti Sergio Aguero.

Anak-anak buah Guardiola akan kembali beraksi dalam saingan Premier League pada hujung minggu ini bertemu Chelsea.

Ia merupakan antara perlawanan paling dinanti-nantikan oleh para peminat untuk melihat pertarungan taktikal Thomas Tuchel dan Pep Guardiola.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sah Semua Pasukan Premier League Tarik Diri Dari Pakatan Super League