Sah Semua Pasukan Premier League Tarik Diri Dari Pakatan Super League

Share on facebook
Share on twitter

Semua pasukan Premier League, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Tottentham Hotspurs mengesahkan penarikan diri pakatan European Super League (ESL).

Manchester City pasukan pertama mengumumkan penarikan diri secara rasmi dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan selepas Chelsea pasukan pertama yang melakukan U-Turn dengan satu drift.

Kemudian Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Tottentham Hotspurs juga menurut jejak Manchester City dengan pengumuman rasmi menyatakan penarikan diri dari pakatan European Super League (ESL).

Chelsea yang mempunyai perlawanan menentang Brighton & Hove Albion ketika founding club Inggeris yang lain galak menarik diri mengambil sedikit masa mengeluarkan kenyataan rasmi.

Selepas tiga hari diumumkan idea pembentukan European Super League (ESL) secara rasmi melalui founding club kekecohan terus meletus dalam dunia bola sepak.

Akhirnya enam jahanam dari kelab Inggeris menarik diri dan terus menzahirkan taat setia kepada Muafakat UEFA dan Premier League.

Manchester City

Manchester City menjadi pasukan pertama mengumumkan penarikan diri secara rasmi dengan satu pengumuman yang rasmi yang ringkas tapi padat namun cukup menyatakan hasrat mereka.

Pengumuman dari laman sesawang mereka ini kemudian telah disebarkan melalui saluran media sosial rasmi mereka pula.

“Kelab Bola Sepak Manchester City telah mengesahkan bahawa pihaknya secara formal menetapkan prosedur untuk menarik diri dari kumpulan yang mengembangkan rancangan untuk mewujudkan European Super League.”

Jika meneruskan hajat mereka beraksi di European Super League, Manchester City mungkin akan terlepas peluang mendakap Premier League, Champions League dan Caraboa Cup musim ini.

Manchester United

Malam yang sibuk buat Manchester United dengan dua pengumuman rasmi telah dibuat dengan jarak masa yang singkat sahaja pertama mengenai Ed Woodward dan kedua tentu pasal European Super League.

Sebelum itu Manchester United telah mengesahkan Ed Woodward telah melepaskan jawatan beliau sebagai Executive vice-chairman yang berkuatkuasa pada hujung tahun 2021.

Tidak lama berselang Manchester United secara rasmi telah menarik diri daripada European Super League.

“Manchester United tidak akan menyertai European Super League.”

“Kami telah mendengar dengan teliti reaksi daripada peminat kami, kerajaan UK dan pihak berkepentingan lain.”

“Kami tetap komited untuk bekerja dengan orang lain di seluruh komuniti bola sepak untuk mencari penyelesaian yang mampan untuk cabaran jangka panjang yang dihadapi dalam permainan ini.”

Pengunduran Ed Woodward dan penarikan diri dari liga haram menjadikan peminat Manchester United peminat bola sepak paling gembira hari ini.

Tottenham Hotspur

Tottenham Hotspur antara pasukan yang juga sibuk membuat pengumuman beberapa hari ini selepas memecat Jose Mourinho selaku pengurus mereka walaupun musim hampir tamat.

Spurs mengikut jejak pasukan yang lain apabila turut menarik diri.

“Kami dapat mengesahkan bahawa kami telah secara rasmi memulakan prosedur untuk menarik diri dari kumpulan yang sedang mengembangkan cadangan untuk Liga Super Eropah (ESL).”

Pengerusi Daniel Levy berkata:

“Kami menyesali kegelisahan dan kesal disebabkan oleh cadangan ESL. Kami merasakan adalah penting bahawa kelab kami mengambil bahagian dalam pengembangan struktur baru yang mungkin untuk memastikan permainan kewangan yang adil dan kelestarian kewangan sambil memberikan sokongan yang meningkat secara signifikan untuk piramid bola sepak yang lebih luas.

“Kami percaya bahawa kami tidak boleh berhenti serta diam dan sukan ini harus sentiasa mengkaji pertandingan dan tadbir urus untuk memastikan permainan yang kita semua gemari terus berkembang dan menggembirakan peminat di seluruh dunia.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang menyampaikan pendapat mereka.”

Spurs antara pasukan yang menanggung beban hutang yang agak tinggi selepas stadium mereka siap dan selepas itu wabak melanda, namun mereka tidak lokek untuk membayar pampasan yang tinggi kepada Mourinho.

Liverpool

Liverpool merupakan pasukan yang kaya dengan sejarah dan tradisi yang menjadikan mereka kuat walaupun tanpa sebarang kejuaraan besar untuk tempoh yang panjang namun itulah Liverpool.

Pengurus dan pemain Liverpool antara yang paling lantang menentang idea liga haram untuk orang kaya, peminat Liverpool kau jangan tanya la, silap-silap Anfield boleh kena bakar.

“Liverpool Football Club mengesahkan bahawa penglibatan kami dalam rancangan yang dicadangkan untuk membentuk Liga Super Eropah telah dihentikan.”

“Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kelab telah menerima perwakilan dari pelbagai pihak berkepentingan, baik secara dalaman dan luaran, dan kami ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan berharga mereka.”

Liverpool menjadi kelab besar bukan kerana kekayaan tetapi sejarah, tradisi dan budaya mereka, jangan kau cuba-cuba bermain sejarah dengan peminat Liverpool.

Arsenal

Arsenal yang lemah dan lembik pasukan paling dihina dan diperlekehkan serta menjadi bahan jenaka apabila turut menjadi founding club bersama pasukan gergasi yang lain.

Ramai menjangkan Arsenal akan menjadi pasukan belasahan di European Super League jika menjadi kenyataan tapi duit Arsenal pasti bertimbun-timbun kerana sifat kedekut pemiliknya.

Arsenal juga menarik diri dan paling tidak boleh blah apabila pengumuman rasmi dari lembaga Arsenal sangat panjang dan lebih padu Arsenal meminta maaf dan mengakui kesilapan.

“Beberapa hari kebelakangan ini telah ditunjukkan kepada kita betapa mendalamnya perasaan penyokong kita di seluruh dunia untuk kelab hebat dan permainan yang kita gemari.

Kami tidak perlu mengingatkan akan hal ini tetapi sambutan daripada penyokong dalam beberapa hari terakhir telah memberi kami masa untuk merenung dan memikir dengan lebi mendalam.

Bukan niat kami untuk menimbulkan keresahan seperti itu, namun ketika undangan untuk bergabung dengan Liga Super datang, ketika kami mengetahui tidak ada jaminan, kami tidak ingin ketinggalan untuk memastikan kami melindungi Arsenal dan masa depannya.

Hasil daripada pandangan anda dan komuniti bola sepak yang lebih luas sejak beberapa hari kebelakangan ini, kami menarik diri dari Liga Super yang dicadangkan. Kami melakukan kesilapan, dan kami meminta maaf atasnya.

Kami tahu bahawa akan memakan masa untuk mengembalikan kepercayaan anda terhadap apa yang ingin kami capai di Arsenal tetapi kami harus jelaskan bahawa keputusan untuk menjadi sebahagian daripada Liga Super didorong oleh keinginan kami untuk melindungi Arsenal, kelab yang anda cintai, dan untuk menyokong permainan yang anda sukai melalui perpaduan dan kestabilan kewangan yang lebih besar.

Kestabilan sangat penting agar permainan dapat menjadi lebih maju dan kita akan terus berusaha untuk membawa keamanan yang diperlukan oleh permainan untuk terus maju.

Sistem perlu diperbaiki. Kita mesti bekerjasama untuk mencari penyelesaian yang melindungi masa depan permainan dan memanfaatkan kekuatan bola sepak yang luar biasa untuk membuat kita berada di pinggir tempat duduk kita.

Akhirnya, kita tahu situasi kini sangat tidak menentu, tahun yang sangat sukar bagi kita semua.

Tujuan kami adalah untuk selalu membuat keputusan yang tepat untuk kelab bola sepak yang hebat ini, melindunginya untuk masa depan dan membawa kita ke hadapan. Kami tidak membuat keputusan yang tepat di sini, yang kami terima sepenuhnya.

Kami telah mendengar anda.

Lembaga Arsenal”

Panjangkan tetapi memberi inspirasi.

Chelsea

Chelsea telah dilaporkan menjadi pasukan pertama membuat U-Turn yang sensasi dan akan keluar dari pakatan European Super League serta akan terus taat setia bersama muafakat Premier League dan UEFA.

Kelab London itu kini dalam proses menyediakan dokumen untuk meminta mereka menarik diri daripada pakatan European Super League dengan serta merta mungkin kerana memikirkan nasib di final FA Cup dan separuh akhir Champions League.

Berita ini hadir melalui laporan Dan Roan yang merupakan seorang wartawan sukan BBC Sports:

“Aku difahamkan Chelsea kini sedang menyiapkan dokumentasi untuk meminta penarikan diri dari European Super League (ESL),”

Penyokong Chelsea dilihat berkumpul di luar Stamford Bridge ketika perlawanan Chelsea menentang Brighton & Hove Albion untuk membuat protes sebagai tanda tidak menyokong idea gila pembentukan European Super League (ESL).

Selepas penat bermain bola menentang Brighton akhirnya Chelsea secara rasmi mengumumkan penarikan diri mereka dari Super League.

“Seperti yang dilaporkan awal malam ini, Chelsea Football Club dapat mengesahkan bahawa ia telah memulai prosedur formal untuk menarik diri dari kumpulan yang mengembangkan rancangan untuk Liga Super Eropah.

Setelah menyertai kumpulan itu hujung minggu lalu, kami sekarang mempunyai masa untuk mempertimbangkan perkara ini sepenuhnya dan telah memutuskan bahawa penyertaan berterusan kami dalam rancangan ini tidak akan menjadi kepentingan terbaik Kelab, penyokong kami atau komuniti bola sepak yang lebih luas.”

BACA:  Inter Dakwa Masih Belum Terima Sebarang Tawaran Dari Arsenal Untuk Ivan Perisic
Share on facebook
Share on twitter