Joao Cancelo menganggap Manchester City tidak pandai untuk bersyukur dan menipu mengenai kenyataan sebab dirinya meninggalkan kelab tersebut.
Pemain pertahanan Portugal itu pada masa ini beraksi secara pinjaman bersama Barcelona setelah turut dipinjamkan selama separuh musim bersama Bayern Munich pada musim lalu.
Cancelo sebelum ini adalah tunjang utama skuad Pep Guardiola sebelum mengejutkan ramai dengan perpindahan ke Bayern Munich pada Januari 2023.
Kemudian timbul spekulasi pemergian Cancelo adalah disebabkan dia telah menjadi pilihan ketiga Guardiola di posisi pertahanan di belakang Rico Lewis dan Nathan Ake, dan menjadi pengaruh tidak baik di dalam bilik persalinan.
Bercakap kepada media Portugal, A Bola, pemain berusia 29 tahun itu berkata: “Hanya penipuan dikatakan. Saya tidak pernah menjadi rakan sepasukan tidak baik kepada Ake atau Rico dan anda boleh sahaja bertanya kepada mereka.
🗣️ 'Man City were ungrateful with me. Guardiola spread lies about me, that I was a bad teammate. Ask Aké or Rico Lewis, they know the truth. Yet the club never called out these lies, despite me being an important player'
– Joao Cancelo 😳 pic.twitter.com/QvwXMjaMua
— Mail Sport (@MailSport) March 24, 2024
“Saya sama sekali tidak mempunyai melebih atau kurang terhadap mereka.
“Saya berpendapat Manchester City tidak bersyukur terhadap saya apabila mengatakan saya adalah pemain sangat penting ketika tahun-tahun bersama mereka.
“Saya tidak pernag gagal memenuhi komitmen terhadap kelab, penyokong. Saya memberikan segalanya.”
Cancelo menyertai City dengan tanda harga £60 juta daripada Juventus pada 2019 dan membantu kelab Manchester itu menjuarai Premier League dua kali berturut-turut pada 2021 dan 2022.
Pemain itu berpendapat komitman beliau terhadap kelab selama ini sangat jelas dan boleh dinilai sendiri oleh semua pihak apabila tetap turun beraksi menentang Arsenal pada Tahun Baru 2022.
🚨 Cancelo: “There were fake stories about me at City. I’ve never been a bad teammate”.
“I remember once I was robbed and assaulted at home and the next day I was playing at Emirates against Arsenal…”.
“These are things you don't forget, I left my wife and daughter alone at… pic.twitter.com/kAqpspW25m
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 24, 2024
Pada ketika itu Cancelo mengalami kecederaan di muka akibat serangan dan rompakan yang berlaku di kediamannya beberapa jam sebelum perlawanan.
“Saya masih ingat ketika kediaman dirompak dan saya diserang. Kemudian hari berikutnya saya tetap bermain di Emirates menentang Arsenal.
“Perkara sebegini tidak akan anda lupakan dengan mudah. Saya meninggalkan isteri dan anak sendirian dan ketakutan di rumah setelah apa yang berlaku.
“Malangnya ramai hanya mahu tahu perkara sebaliknya. Ini kerana Encik Guardiola mempunyai pengaruh yang lebih besar apabila berkata-kata berbanding diri saya. Kerana itu saya lebih suka berdiam diri selama ini.”