Pep Guardiola menyampaikan berita menggemparkan apabila berkata dia akan bersara daripada bola sepak seandainya Manchester City berjaya mengulangi pencapaian treble musim 2022-23 pada musim ini.
Kontrak juara bertahan Premier League, Piala FA dan Champions League di Etihad akan tamat pada musim panas 2025, tetapi Guardiola berkata dia akan bersara sebelum itu sekiranya pasukan itu berjaya mengulangi pencapaian sama seperti yang dilakukan musim lalu.
City menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan di Eropah pada musim 2022-23 dan menjadi hanya pasukan kedua yang pernah merekodkan treble selepas Manchester United di England.
“Jika kami menjuarai treble lagi musim ini, saya akan bersara. Saya pasti tentang itu,” kata Guardiola kepada Amazon Prime sebelum perlawanan menentang Aston Villa pada awal pagi tadi.
🎙️ Pep Guardiola: "If we win the Treble this season, I'll retire. That's for sure…"
✍️ @primevideosport pic.twitter.com/x337T27gdb
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) December 6, 2023
“Saya tahu ia sukar. Berapa banyak pasukan dari England telah berjaya melakukannya sebelum ini dan hanya sekali pasukan [Man Utd] di bawah kendalian Sir Alex Ferguson selain daripada kami.
“Apabila kita bercerita mengenai perlawanan pertama dan cuba melakukannya buat kali kedua dan kemudian ketiga.
“Kami akan meligat sejauh mana tahap dan pertandingan yang kami lalui. Cabaran daripada pasukan alwab kini berubah, ia semakin sukar. Jadi pada September, Oktober, November, jika anda mula berfikir mengenai kejuaraan, lupakan saja.”
Masa depan Guardiola di Etihad menjadi perdebatan ramai dan bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu dijangka akan melangkah pergi sebaik sahaja kontraknya tamat.
“If we win the treble this season I'll retire” 😅
Pep Guardiola understands how difficult it will be to repeat last season's haul of silverware 🏆🏆🏆#PLonPrime #AVLMCI pic.twitter.com/2oTKstx2Rh
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) December 6, 2023
Man City kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga Arsenal, dan situasi itu kini sudah dianggap seperti satu malapetaka buat pasukan yang saban tahun tampil sebagai pilihan utama kejuaraan.
Musim ini amat sukar untuk City selepas kehilangan khidmat Kevin de Bruyne kerana kecederaan dan John Stones pula belum cergas sepenuhnya.
Lebih perit Manchester United – seteru setempat yang dilihat sebagai pasukan lebih lemah – kini hanya tiga mata di belakang City.
Ia pasti merisaukan mereka di Etihad sekiranya City dengan jumlah pelaburan yang telah mereka lakukan dan memiliki pengurus berprofil tinggi seperti Guardiola gagal memastikan City mempertahankan kejuaraan Premier League yang dimenangi pada musim lalu.