Roy Hodgson Mengekek Ketawakan Guardiola Selepas Palace Ikat City Pada Masa Kecederaan

Roy Hodgson tidak dapat menahan senyuman kelakar kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola ketika pasukan Crystal Palacenya bergelut untuk mendapatkan satu mata menentang juara Liga Perdana Inggeris itu semalam.

Manchester City mengawal perlawanan sejak awal di Etihad dan hasil penguasan itu Jack Grealish membuka jaringan dengan untuk melanjutkan rentetan jaringannya kepada tiga perlawanan Liga Perdana berturut-turut.

The Citizens menggandakan pendahuluan mereka pada separuh masa kedua menerusi Rico Lewis, dan mereka akhirnya yakin City berada di landsan kemenangan pertama mereka di tempat sendiri dalam liga sejak November.

Namun Palace merapatkan jurang menerusi Jean-Philippe Mateta yang menerima hantaran di depan gawang City. Walaupun Palace merapatkan jurang, namun mereka kelihatan tidak ada tanda tanda akan mendapat sesuatu daripada perlawanan ini.

Tetapi segalanya berubah. Mateta sekali lagi menjadi tumpuan ketika aksi berada di masa kecederaan apabila pengadil Paul Tierney menunjukkan titik penalti selepas Foden tersepak kaki pemain itu dalam kotak penalti.

Dan kemudian Olise menyamakan kedudukan menerusi penalti masa kecederaan minit ke-90+5 di hadapan penyokong Citizens.

Satu detik yang mencuri perhatian ramai adalah ketika Roy Hodgson, 76, ketawa melihat Pep Guardiola selepas ketinggalan 2-0 untuk mencuri keputusan seri 2-2 pada minit akhir.

Detik itu dianggap akan diingati sebagai detik legenda dalam Liga Perdana Inggeris. Peminat bola sepak benar benar menikmati detik itu.

Hodgson benar benar geli hati melihat Guardiola kecewa dengan pengadil yang memberikan penalti kepada Palace pada masa kecederaan yang membuatkan pasukannya keciciran mata.

Hodgson pasti ada sebab tersendiri untuk berasa gembira kerana keputusan seri ini sangat penting buat Palace yang turut dalam prestasi kurang konsisten ketika ini.

Keputusan seri ini mencalarkan sedikit usaha Man City untuk mempertahankan Liga Perdana Inggeris musim ini. Mereka akan berkunjung ke Arab Saudi selepas ini untuk aksi Piala Dunia Kelab. Selaku wakil Eropah yang menjuarai UCL musim lalu.

Pep Guardiola sedang dalam prestasi yang kurang baik. Masih gagal menang dalam 6 perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana Inggeris. Selain itu, Man City turut gagal menang dalam 3 perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

BACA:  Presiden UEFA Selar Jurgen Klopp dan Pep Guardiola