Pep Guardiola mengesahkan bahawa dia tidak akan kembali lagi melatih Barcelona selepas ini.
Pep Guardiola disayangi peminat Barcelona dan dia juga merupakan peminat tegar kelab itu, selain daripada pernah menjadi pemain Barca.
Peminat Barca seringkali mengidamkan kepulangan semula Guardiola ke kelab tersebut. Pengurus yang berjaya menjadikan Barcelona kelab gah pada era moden.
Di mana Barca pernah memenangi 6 piala semusim di bawah kendalian Guardiola. Dia juga membawa falsafah tiki taka yang berasaskan total football yang memang signifikan dengan Barcelona.
Namun begitu Pep Guardiola kemudian memutuskan untuk mencari cabaran baharu di tempat lain. Dia meninggalkan Barcelona. Dan sejak itu kariernya sebagai pengurus diluaskan lagi ke Bayern Munich dan juga Manchester City.
Sebelum ini namanya dikaitkan dengan kepulangan semula ke Barcelona. Namun Guardiola ketika itu menyatakan bahawa dia sangat fokus untuk mengendalikan Man City.
Dia sekali lagi ditanya sama ada dia masih membuka pintu hatinya untuk kembali ke Barcelona. Atau sebaliknya pintu hatinya sudah tertutup. Pep Guardiola berkata: “Ya pintu sudah tertutup”.
🚨🔵🔴 “Is the door closed for your possible return to Barcelona in the future?”.
“Yes, door closed”, says Pep Guardiola. pic.twitter.com/mTfD5pBV0r
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 10, 2024
Ini adalah berita yang mengecewakan segelintir peminat Barcelona. Selepas beberapa hari lalu Lionel Messi secara terbuka melabel Real Madrid sebagai pasukan terbaik di dunia pada ketika ini.
Legenda no.1 Barca itu berkata: “Real Madrid adalah pasukan terbaik di dunia pada ketika ini kerana mereka adalah juara UCL yang terakhir.
“Dari segi corak permainan saya boleh kata Manchester City di bawah kendalian Guardiola adalah terbaik. Namun dari segi hasil yang dicapai di atas padang, Real Madrid adalah pasukan terbaik di dunia.”
Barcelona sudah mengesahkan perlantikan Hansi Flick untuk menjadi pengurus baharu mereka. Namun kelab itu bergelut untuk mendaftarkan 9 pemain yang mereka ada sekarang untuk musim baharu.
Flick malah tidak dapat dana perpindahan lagi sehinggalah akaun FFP musim ini berakhir pada 30 Jun. Di mana Barca diminta untuk mengumpul €130 juta lagi untuk membolehkan mereka mendaftarkan kesemua 9 pemain mereka serta membuka ruang kepada rundingan kontrak dengan pemain baru atau melanjutkan kontrak pemain sedia ada.