Eddie Howe Cuba belajar Dari Pep Guardiola Tetapi Dia Masih Belum Mampu Menewaskannya

Sepanjang 14 perlawanan lepas Newcastle United tidak pernah menewaskan Manchester City. Rekodnya adalah, 13 kali kalah dan 1 keputusan seri 3-3 sensasi di Saint James Park pada musim lalu.

Kekalahan 1-0 pada minggu lepas telah meneruskan rentetan tanpa kemenangan itu. Namun perlawanan tersebut masih bermakna.

Buat pertama kalinya Newcastle pergi Stadium Etihad dengan harapan. Bukan harapan untuk meraih kemenangan atau seri tetapi jangkaan prestasi.

Newcastle mahu memberi saingan kuat kepada pasukan treble itu. Disebalik perlawanan itu terdapat satu persamaan besar bagaimana Howe dan Guardiola membina pasukan masing-masing.

…S…

Howe dilantik ketika Newcastle sedang berada di kelompok bawahan Liga Perdana. Dalam tempoh kurang 2 tahun pasukan itu telah mara ke Liga Juara-Juara.

Ia merupakan pencapaian hebat dari Eddie Howe dengan memastikan peningkatan mendadak Newcastle.

City pula sudah berada di kelompok atasan ketika Guardiola tiba. Pada musim sebelumnya City menamatkan kempen di tempat keempat di bawah pengurusan Manuel Pellegrini.

Guardiola dan Howe mewarisi skuad yang semakin tua. Pada musim 2020-21, purata umur kesebelasan utama Newcastle ialah 27.1 tahun. Newcastle merupakan pasukan keempat paling tua di Liga Perdana.

Pada musim 2015-16, purata umur pemain City ialah 27.8 tahun — ketiga paling tua. Dalam tempoh 3 musim selepas Guardiola dilantik, dia telah menurunkannya kepada 26.4 tahun.

Dengan Sven Botman, Tino Livramento, Sandro Tonali, Anthony Gordon, Alexander Isak, Elliot Anderson, Joe Willock, Lewis Miley dan Hall-Lewis, Howe kini mempunyai teras muda. Kesemua pemain itu berumur 23 tahun atau lebih muda.

…S…

Bagaimanakah mereka melakukan perubahan itu?

Tidak dinafikan Newcastle mempunyai wang untuk dibelanjakan dalam pasaran perpindahan. Kelab disokong oleh pemilik yang kaya raya dan bercita-cita tinggi. Namun mereka juga tidak boleh melakukan pembelian salah.

Faktor utama Newcastle dan City berjaya dalam perpindahan pemain adalah kerana hubungan rapat antara pengurus dan pengarah sukan mereka: di Newcastle Howe dengan Dan Ashworth dan di Man City Guardiola dengan Txiki Begiristain.

Mereka meningkatkan pemain yang sedia ada di kelab. Miguel Almiron, Joelinton dan Sean Longstaff menjadi semakin bagus di bawah Howe berbanding Steve Bruce.

Guardiola juga terbukti antara pengurus yang cukup handal meningkatkan keupayaan pemain. Ini perkara yang sering diremehkan oleh para pengurus dalam kelab masing-masing.

Pemain seperti Raheem Sterling, Kevin De Bruyne dan Fernandinho semuanya meningkat secara drastik selepas Guardiola mewarisi mereka daripada Pellegrini.

Pada masa yang sama, Howe dan Guardiola juga telah menunjukkan mereka boleh menjadi kejam apabila perubahan perlu dilakukan untuk membina pasukan yang kuat.

Guardiola menyingkirkan legenda kelab Joe Hart, Howe pula mengenepikan beberapa pemain utama dalam era Steve Bruce.

…S…

Guardiola dan Howe masing-maisng menekan corak permainan pasukan dan mentransformasi hantaran-bola. Kedua-dua ini diperbaiki dalam tempoh beberapa bulan selepas mereka dilantik.

Sepanjang tempoh dua tahun lepas Howe telah beralih kepada formasi 4-3-3. Ini merupakan satu formasi yang cukup sinonim dengan Guardiola.

Sejak di Barcelona, ​​Guardiola sentiasa menguji dan membangunkan formasi 4-3-3 dan untuk Guardiola 4-3-3 hanya nombor di atas kertas sahaja.

Pada Sabtu lepas, Manuel Akanji (bek-tengah) bergerak ke bahagian-tengah ketika menyerang untuk membentuk 2-3-5. Jack Grealish pula kerap turun ke bahagian bek-kiri untuk membentuk five man defence.

Howe cuba untuk menambah kelancaran dalam taktikal acuannya dengan Tonali dan Bruno Guimaraes bergilir dalam peranan NO6. Gordon dan Joelinton bergerak di antara pemain sayap-kiri dan pemain NO8 sebelah-kiri.

Ditanya sama ada dia dipengaruhi oleh evolusi formasi yang berterusan oleh Guardiola, Howe menjawab:

“Anda sentiasa mengambil (belajar) sesuatu ketika bermain dengan pasukan elit. Tugas kami ialah cuba merapatkan jurang dan mendekatkan diri dengan mereka.”

“Saya fikir kami telah mengorak langkah dan kemajuan tetapi kami masih mempunyai banyak perkara untuk ditempuhi.”

Apa perkara khusus yang telah diambil (belajar ) oleh Howe?

“Mencipta bebanan (loads),” Howe menjawab dengan pantas.

“Terlalu banyak dan terlalu panjang untuk diterangkan.”

…S…

Terdapat satu lagi persamaan antara Guardiola dan Howe iaitu kedegilan.

Sehingga hari ini, kejayaan Newcastle di bawah bimbingan Howe banyak dipacu oleh keengganannya mengubah dan dia terus kekal dengan cita-cita awalnya.

“Ya, kami perlu menumpukan perhatian kepada kekuatan City tetapi kami perlu menjadi diri sendiri. Kami tidak boleh berubah,” kata Howe pada hari Jumaat lepas.

Dalam hal itu dia mengikuti beberapa contoh dari pengurus elit seperti Guardiola, Arsene Wenger, Jurgen Klopp dan Ange Postecoglou.

Postecoglou mempunyai pelan B setiap kali turun berhadapan dengan pasukan teratas, dimana pelan B itu menjadi lebih baik dari pelan A.

Howe mahu pasukannya bermain bola sepak yang berani, lancar dan menegak. Tetapi dengan kedegilannya itu ia menjawab mengapa rekodnya menentang Guardiola sangat buruk.

Walaupun pasukannya kekurangan bakat, Howe tidak berganjak dengan pelan asalnya dan keputusan buruk boleh berlaku. Howe telah kalah dengan keputusan 4-0 tiga kali dan 5-0 sekali.

Kebaikkan dengan kedegilan itu adalah Howe boleh menjadi semakin bagus. Jika dia mengubah setiap kali bertemu pasukan besar, ia tidak akan meningkatkan pasukan ke tahap seterusnya.

Howe perlu mempercayai sistem yang mahu dibangunkan dan memperbaikinya dari masa ke semasa. Itulah yang dilakukan oleh Guardiola yang sering memperbaiki formasi 4-3-3nya.

…S…

Adakah perkara ini berlaku pada dalam perlawanan itu?

Newcastle hanya mempunyai 1 percubaan tepat ke sasaran. Ada kalanya pasukannya kelihatan teragak-agak untuk naik ke bahagian atas. Newcastle berhati-hati dengan pemain City, yang mampu melepasi bahagian tengah melalui transisi pantas.

“Ya,” jawab Howe apabila ditanya sama ada dia gembira dengan keberanian pasukannya.

“Saya tidak nampak masalah dengan mentaliti bagaimana kami bermain. Saya hanya fikir secara teknikal dan permainan, kami boleh menjadi lebih baik daripada itu.”

Ada ketikanya Newcastle cuba untuk mencontohi City.  Nick Pope cuba melakukan beberapa hantaran panjang (chipped passes) ke bahagian tengah. Dua daripadanya telah menjadi punca kepada serangan-balas dari City.

Guimaraes dan Sandro Tonali pemain yang bersedia memainkan bola sepak yang digemari oleh Guardiola di Newcastle. Pemain ini mampu mengekalkan bola dikaki, bergerak ke atas sebelum melakukan hantaran.

Pada akhirnya, Newcastle berada sentiasa berada dalam permainan itu. Walaupun kalah, mereka hanya tewas satu gol yang disudahkan dengan baik oleh Julian Alvarez.

Dengan permainan terbuka pada 20 minit terakhir, Newcastle mempunyai half chance untuk mencipta gol penyamaan.

Perlawanan ini disebut sebagai penanda aras. Newcastle melihat secara langsung bagaimana pasukan City beroperasi. Sekarang Howe cuba belajar dari Guardiola dan tugas seterusnya adalah menewaskannya.

BACA:  Guardiola Anggap Liverpool Sebagai Pesaing Paling Sukar Pernah Beliau Hadapi Dalam Liga