Mikel Arteta berjaya mengelakkan diri daripada denda dan hukuman oleh pihak FA berkaitan komen yang dilakukannya selepas tidak berpuas hati dengan kekalahan 1-0 Arsenal kepada Newcastle pada bulan lalu.
Pengutus Arsenal itu menyifatkan tindakan pengadil membenarkan jaringan Anthony Gordon di St James’ Park pada bulan lalu sebagai ‘a disgrace’ (memalukan).
Berikutan komen tersebut, Arteta kemudiannya didakwa melanggar Peraturan E3.1 FA yang dianggap kesalahan kerana bersikap prejudis terhadap integriti pegawai perlawanan.
Bekas pembantu Pep Guardiola di Man City itu kemudiannya tampil dakwaan tersebut dengan bukti pembelaannya pada minggu lalu.
Jawatankuasa Disiplin bebas yang mengendalikan kes tersebut bagaimanapun mendapati pihak FA tidak mempunyai asas untuk mendakwa Arteta.
Melalui satu kenyataan bertulis Jawatankuasa tersebut mendapati komen oleh Arteta selepas perlawanan tidak sama sekali sama ada secara individu atau bersifat umum melanggar peraturan E3 FA.
BREAKING: An independent regulatory commission has found the charge against Mikel Arteta for an alleged breach of FA rules to be not proven ❌ pic.twitter.com/A13uj23ii7
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) December 14, 2023
Kenyataan itu turut mengesahkan Arteta tidak menyerang pengadil atau mana-mana pengadil Premier League lain secara umum. Tidak ada satu perkataan pun yang disebut oleh Arteta mempersoalkan ketidakmampuan pengadil, sama ada berkaitan jaringan tersebut atau keseluruhan perlawanan.
Komen Arteta turut dianggap tidak mempengaruhi cara pengadil mengadili perlawanan.
Menurut jawatankuasa tersebut Arteta telah memberikan penjelasan lengkap secara bertulis mengenai komennya yang bersandar kepada ‘kesungguhan pengurus itu untuk melihat standard pengadilan terus ditambah baik.’
Arteta juga menjelaskan penggunaan perkataan ‘disgrace’ mempunyai persamaan dari segi ejaan dan kosa kata yang mirip dengan perkataan Sepanyol ‘desgracia’.
Menurut Arteta ‘desgracia’ di dalam bahasa Sepanyol bermaksud kurang bernasib baik, tragedi atau nasib malang dan ia berbeza dengan pemahaman di dalam Bahasa Inggeris yang boleh membawa maksud penghinaan atau tidak menghormati.
Oleh itu jawatankuasa tersebut berpendapat Arteta menggunakan bahasa yang datang daripada hati kerana kesungguhannya, dan komen tersebut tidak salah.
Arteta juga dikatakan memberikan komen tersebut dengan penuh pertimbangan dan ia bukannya mempersoalkan kompetensi pengadil.
Untuk menilai kes membabitkan Arteta, jawatankuasa itu turut mengambil kira kesilapan pengadil ketika membatalkan gol Luis Diaz untuk Liverpool menentang Tottenham.
Arteta's lawyers played a blinder. 😂😂 pic.twitter.com/VKYKHfI8D8
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) December 14, 2023
Ini kerana Premier League sebelum ini turut mengakui adanya kelemahan di dalam proses penilaian VAR dan bersetuju penambahabaikkan harus dilakukan pada masa depan.
Selepas perlawanan menentang Newcastle Arteta dalam sidang media selepas perlawanan telah menggunakan kesempatan yang ada sekitar 3 minit untuk mengamuk tentang VAR.
Arteta menjelaskan bahawa, gol Anthony Gordon itu jelas sekali tidak sah dan ada banyak kesalahan di dalamnya. Malangnya, dengan adanya VAR, masih tak mampu membantu mengubah keputusan pengadilan yang lemah.
Anthony Gordon menjaringkan gol yang berpunca daripada gerakan di mana Arteta percaya bola yang dikawal Joelinton sudah terkeluar daripada kawasan permainan.
An independent Regulatory Commission has found the charge against Mikel Arteta for an alleged breach of FA Rule E3.1 to be not proven.
Full statement and written reasons: https://t.co/FwU9alYUjY pic.twitter.com/h2ts9SuSdt
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) December 14, 2023
Seterusnya, VAR turut menyemak 2 lagi insiden daripada gol itu, memeriksan sama ada Anthony Gordon sudah ofsaid, dan adakah Gabriel dikasari oleh Joelinton sebelum gol terhasil.
Arteta turut menganggap detik gol itu adalah sangat memalukan apabila VAR tidak dapat melakukan tugasan dengan betul.
Arteta berkata: “Kita harus bercakap tentang perlawanan ini, kerana kita perlukan penjelasan bagaimana gol itu boleh dikekalkan?”
“Keputusan perlawanan tidak seperti yang selayaknya. Ianya memalukan.”
“Apa yang berlaku adalah memalukan. Bagaimana gol itu diberikan. Dalam Liga Perdana Inggeris, liga ini kita canang sebagai terbaik di dunia. Saya sudah di sini 20 tahun dan saya rasa malu.”