Netizen Berbalah Ketika Arteta Diumumkan Pengurus Terbaik EPL Musim Ini Tewaskan Guardiola

Ramai peminat menganggap Mikel Arteta  tidak layak memenangi anugerah Jurulatih Terbaik Liga Perdana Inggeris – Anugerah Globe Soccer 2024 kerana gagal membawa Arsenal ke kejuaraan liga buat dua musim berturut turut.

Mikel Arteta hadir pada majlis Anugerah Bola Sepak Globe 2024 yang diadakan di Porto, Cervo, Sardinia, Itali pada malam Rabu Arteta berjaya memenanginya menewaskan Pep Guardiola.

Dalam acara ini, Arteta berjaya memenangi anugerah Jurulatih Terbaik Liga Perdana 2023-2024. Arteta berkata Arsenal mahu terus menang dan menang.

Kemenangan pengurus asal Sepanyol itu mencetuskan kontroversi di kalangan peminat bola sepak. Bukan sedikit yang menganggap Arteta tidak layak menerima anugerah ini.

Puncanya kerana dia gagal membawa Arsenal merangkul kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa The Gunners bermain dengan sangat baik, terutamanya apabila mereka memenangi separuh pertama daripada musim ini.

Mereka juga bersaing rapat dengan penyandangnya, Manchester City, sehingga minggu terakhir kejuaraan.

Arsenal malah menamatkan Liga Perdana musim ini dengan skor 89 mata, hanya satu mata daripada jumlah mata skuad The Invincibles mereka pada 2003-2004.

Bagaimanapun, Arsenal akhirnya gagal menjadi juara kerana tewas dengan mata kepada Man City. The Citizens berada 2 mata di hadapan Arsenal yang bergelar sebagai naib juara.

Pencapaian ini merupakan kejuaraan Liga Perdana keempat Man City yang dimenangi berturut-turut.

Sebaliknya, ini adalah kali kedua berturut-turut Arsenal menamatkan saingan di tempat ke-2 Liga Perdana. Musim lalu, Arsenal juga hanya mendapat naib juara selepas tewas kepada City.

Selain tidak beraksi dengan baik dalam Liga Perdana, Arteta juga gagal membawa Arsenal meraih kemenangan dalam piala lain.

Dalam Piala FA, Arsenal tersingkir daripada pusingan ketiga. Ini berlaku selepas pasukan Utara London itu tewas 0-2 kepada Liverpool.

Sementara itu dalam Liga Juara-Juara, mereka disingkirkan oleh gergasi Bundesliga, Bayern Munich, di suku akhir.

Arsenal terpaksa mengambil bungkus kerana mereka tewas dengan agregat 2-3 kepada Munich.

Akibatnya, Arteta menerima banjir ejekan daripada netizen di media sosial kerana memenangi anugerah Pengurus Terbaik EPL.

Pada platform X (Twitter), Jack Bartlett menyindir tentang kemenangan Arteta, “Menamatkan tempat ke-2 dan tidak memenangi apa-apa, menarik.”

Kemudian, akaun isshowsloww mengatakan Pep Guardiola lebih layak daripada Arteta.

“Pep memenangi Liga Perdana. Mempunyai lebih banyak mata. Lebih banyak peluang besar dicipta. Lebih banyak gol. Lebih banyak gol. Lebih baik dalam hampir setiap metrik. Ia memalukan untuk memberikan anugerah ini kepada Arteta.”

Akaun Hanse juga menulis, “Jurulatih Liga Perdana Terbaik tanpa trofi kejohanan? Jenaka besar.”

Namun ramai juga mempertahankan Arteta selayaknya memenangi anugerah ini kerana bersaing rapat dengan pasukan yang ada 115 pertuduhan kata mereka.

Seorang lagi berkata Arteta patut menang Anugerah Jurulatih Terbaik Dunia.

BACA:  Arteta Enggan Salahkan Kehilangan Guardiola Di Bangku Simpanan Punca City Tewas