Arteta: “Kami Yang Sepatutnya Menang Sebab Bermain Lebih Cantik Daripada Mereka”

Mikel Arteta kecewa apabila perjuangan Arsenal dalam aksi Piala FA berakhir awal di hadapan penyokong mereka sendiri.

Arsenal disingkirkan oleh Liverpool dalam pusingan ketiga Piala FA 2023/24 pada Ahad. Liverpool menang 2-0 dalam aksi tersebut. Hasil jaringan sendiri Jakub Kiwior dan juga jaringan masa kecederaan Luis Diaz.

Mikel Arteta menyatakan bahawa pasukannya Arsenal yang patut menang dalam perlawanan ini kerana mereka bermain lebih cantik daripada Liverpool.

Sedangkan skuad Jurgen Klopp itu gagal mencipta lebih banyak percubaan ke gawang Arsenal.

Arsenal tetap gagal menang ke atas pasukan pincang Liverpool yang kehilangan Mo Salah dan Wataru Endo – dua pemain yang dalam prestasi terbaik itu dilepaskan untuk tugasan antarabangsa.

Kemudian Klopp memutuskan untuk merehatkan Van Dijk. Masih juga Arsenal gagal menang!

Arteta benar benar sedih kerana pasukan yang patut menang,  tidak menang dalam perlawanan ini. Pasukan itu adalah Asenal.

Bercakap kepada akhbar semasa sidang akhbar selepas perlawanannya, pengurus itu mengakui bahawa dia kecewa dengan ketidakupayaan pasukannya untuk memanfaatkan sejumlah besar peluang yang mereka cipta:

“Ia adalah keputusan yang benar-benar mengecewakan dengan prestasi yang besar menentang pasukan yang mungkin paling berprestasi tinggi di Eropah.”

“Kami pasukan yang lebih baik daripada mereka, kami menjana lebih banyak daripada mereka, kami mencipta begitu banyak peluang tetapi kami tidak memanfaatkannya.”

“Menentang pasukan ini, anda perlu menggunakan segala peluang yang ada jika anda mahu menang. Jika anda tidak menjaringkan gol dalam kotak itu, dan kemudian anda melepaskan gol sendiri dan gol kedua seperti yang kami lakukan, sukar untuk menang.”

“Ia adalah bola sepak, dan anda perlu sedar situasi itu dan tahu kami perlu menjana lebih banyak dan melakukan penyudah dengan lebih baik dan tiba di kedudukan yang lebih baik, tetapi hari ini kami mempunyai banyak peluang.”

“Hari ini kami lebih baik daripada mereka, dan kami sepatutnya memenangi perlawanan itu, tidak ada persoalan mengenainya.”

Setelah memenangi hanya satu daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, Arteta dijangka ditanya bagaimana Arsenal akan memulihkan prestasi mereka, Arteta yang kacak bergaya itu menjawab:

“Pemain perlukannya (kebangkitan). Dan kami tidak boleh mempersoalkan usaha mereka, apa yang telah mereka lakukan hari ini, dan sikap yang telah mereka mainkan, keberanian, keagresifan – semuanya ada tetapi bola tidak menuju ke arah yang betul pada masa kami berada di kawasan lawan, dan kemudian anda melepaskan gol sendiri yang luar biasa.

“Kami perlu mengubah momentum, itu sudah pasti, dan kami memerlukan pemain kami dan kami juga memerlukan penyokong kami. Dalam detik-detik sukar, kami tetap bersama dan berada di belakang pemain-pemain yang, pada pendapat saya, mereka layak menerimanya.”

“Mereka menghargai itu dan kami tetap bersama dan melakukan apa yang telah kami lakukan pada masa lalu. Ini bukanlah benda baru, hasil akan datang dan keseronokan akan datang.”

The Gunners akan kembali dalam aksi Liga Perdana pada 20 Januari apabila mereka menentang Crystal Palace di Stadium Emirates.

Arsenal kini hanya menang 1 daripada 7 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Dan mereka sudah kalah dalam kesemua 3 perlawanan terakhir secara berturut turut.

Sebelum ini peminat mereka kekal optimis bahawa Arsenal akan menamatkan musim ini dengan dua kejuaraan besar iaitu EPL dan UCL.

Jadi, pasukan mereka perlu segera bangkit daripada prestasi semasa

BACA:  Mikel Arteta Calon Pilihan Gantikan Tempat Arsene Wenger