Arteta Pertimbang Pancing Benzema Selesai Isu Peluru Kapur The Gunners

Arsenal dilaporkan sedang mempertimbangkan secara serius untuk mendapatkan khidmat Karim Benzema secara pinjaman dengan menawarkan kontrak jangka pendek untuk pemain itu.

The Gunners kini sedang berusaha menyelesaikan isu ‘peluru kapur’ di jendela perpindahan pemain Januari ini, apabila penyerang sedia ada seperti Gabriel Jesus, Eddie Nketiah dan Kai Havertz menampilkan persembahan kurang meyakinkan di jentera hadapan sepanjang musim ini.

Menurut TEAMtalk, Mikel Arteta telah melihat Benzema sebagai pemain dengan profil yang sesuai untuk mengemudi peranan sebagai penyerang utama Arsenal untuk baki separuh musim Premier League pada musim ini.

Penyerang berusia 36 tahun itu adalah pemenang Ballon d’Or pada 2022, sebelum meninggalkan bola sepak Eropah untuk menyertai bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Timur Tengah.

Manchester United turut dikaitkan sebagai destinas seterusnya untuk Benzema. Ten Hag bagaimanapaun dilaporkan tidak berminat dengan pemain berusia dan hanya mahu membina pasukan untuk masa depan.

Selain itu Chelsea turut dikatakan sedang memburu seorang pemain No.9 yang berkaliber. The Blues berpotensi menjadi seteru setempat paling garang buat Arsenal sekiranya mereka berjaya membawa Benzema ke Stamford Bridge.

Ivan Toney juga turut menarik perhatian Arsenal, dan penyerang itu mempunyai pengalaman beraksi di Premier League.

Namun usaha untuk mendapatkan penyerang Brentford itu pasti akan datang dengan harga yang mahal. Ini menyebabkan Arteta dan Arsenal menilai pilihan lain yang ada di pasaran pemain, dan Benzema turut menepati profil pemain yang dicari.

BACA:  Jamie Carragher Anggap Arsenal Terlalu Lemah Dan Lembik