Pengurus Porto Berang, Dakwa Arteta Melampau Menghina Sehingga Libatkan Keluarga

Pengurus Porto Sergio Conceicao mendakwa Mikel Arteta bersikap melampau kerana menghina keluarganya ketika perlawanan menentang Arsenal di perlawanan Champions League pada awal pagi tadi.

David Raya tampil sebagai hero The Gunners untuk menempah slot ke suku akhir buat kali pertama sejak 2010 apabila menyelamatkan dua sepakan di penentuan sepakan penalti.

Perlawanan tersebut bagaimanapun turut dicemari pertelingkahan pemain kedua-dua pasukan di bangku pemain simpanan di mana Arteta dan Canceicao turut terlibat sebaik sahaja tamat perlawanan.

Dan selepas insiden tersebut Canceicao mendakwa Arteta mengeluarkan kata-kata yang menghina keluarganya.

“Keputusan perlawanan ini tidak adil buat kami. Kami sepatutnya berhak mara,” kata boss Porto itu.

“Apa yang dikatakan oleh Arteta ke arah bangku pemain simpanan di dalam Bahasa Sepanyol, menghina keluarga saya. Dia sepatutnya hanya fokus untuk melatih pasukannya.”

Arteta bagaimanapun menafikan dakwaan Conceicao, dan sumber kelab menafikan pengendali dari Sepanyol itu mengeluarkan kata-kata berkaitan keluarga jurulatih pasukan lawan.

Mengenai kemenangan Arsenal pula, Arteta berkata: “Ia adalah malam penuh magis. Kami sudah jangkakan mereka lawan yang sukar, yang bermain sangat tersusun,” kata Arteta.

“Kami menjaringkan gol yang cantik. Itu adalah pengalaman besar buat kami. Kami perlu melalui penentuan sepakan penalti dan sudah bersedia untuk itu.

“Kami menemui jalan untuk memang, dan saya melihat bagaimana mereka juga begitu bersungguh untuk memang. Banyak pengorbanan dilakukan. Tetapi apabila anda bermain begini lambat laun keputusan akan memihak kepada anda.

“Saya mungkin tidak mengalami atmosfera sebegini sebelum ini di Emirates. Ia amat luar biasa sejak permulaan sehingga tamat perlawanan Terima kasih kepada penyokong kerana turut memberikan impak kepada perlawanan.

Mengenai penentuan sepakan penalti yang dilalui pasukannya, Arteta berkata: “Kami berlatih di padang latihan, beberapa pemain gagal menyempurnakan sepakan, namun akhirnya mereka memperbetulkannya ketika perlawanan sebenar.

“Ia adalah langkah besar untuk kelab ini, perkara terbaik adalah kami tidak berpuas hati dan dahaga untuk terus mara ke pusingan seterusnya.”

BACA:  Emery: Ozil Mungkin Jadi Kapten Tetap Arsenal