Arsenal Mahu Lepaskan 10 Pemain Utama Termasuk Aubameyang

Arsenal ketika ini terbuka untuk mendengar tawaran dari mana-mana kelab untuk 10 pemain utama mereka termasuk ketua pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang.

Hal ini kerana Gunners mahu mendapatkan dana tambahan dalam usaha mereka untuk menghadapi jendela perpindahan yang bakal ditutup pada hujung bulan ini.

The Telegraph melaporkan yang Arsenal sudah menyenaraikan Pierre Emerick Aubameyang bersama sembilan lagi pemain sebagai calon untuk dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pasukan dari London itu sudah menandatangani beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas ini, dengan mereka telah mengeluarkan perbelanjaan bernilai £129 juta.

Gunners sudah berjaya melengkapkan perpindahan Nuno Tavares, Albert Sambi Lokongo, Ben White, Martin Odegaard dan Aaron Ramsdale pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau bagaimanapun, pada minggu-minggu akhir sebelum jendela perpindahan ditutup, pimpinan Arsenal dilihat mahu memberi tumpuan untuk melepaskan beberapa pemain dari skuad utama mereka.

Antara nama yang agak mengejutkan untuk dilihat dalam senarai tersebut merupakan ketua pasukan dan juga penyerang utama kelab, Aubameyang.

Pierre Emerick Aubameyang dilaporkan baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak bernilai £250,000 seminggu bersama Arsenal pada September 2020.

Pemain kebangsaan Gabon itu baru sahaja membuat penampilan bersama Arsenal pada musim ini ketika beraksi bertemu Chelsea kemarin.

Beliau sebelum itu tidak diturunkan ketika aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League musim ini bertemu Brentford kerana disahkan positif C0V-19.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan sudah bersetuju dengan pimpinan kelab untuk menjual 10 pemain dari skuad utamanya.

Bernd Leno, Hector Bellerin, Sead Kolasinac, Ainsley Maitland-Niles, Lucas Torreira, Willian, Reiss Nelson, Eddie Nketiah, Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Walaupun tidak dinafikan yang Arsenal berkemampuan untuk melepaskan beberapa pemain, namun sukar untuk mereka menjual Aubameyang kerana usia dan gaji yang beliau terima.

Selepas kekalahan 2-0 Arsenal di tangan Chelsea kemarin, ia jelas merupakan rekod permulaan terburuk dalam sejarah mereka.

Walau bagaimanapun, Arteta masih bersikap positif dengan beliau yakin akan mampu lakukan sesuatu ketika aksi bertemu Manchester City di Etihad minggu hadapan.

Pengurus Arsenal itu dalam satu kenyataan telah menyatakan bahawa:

“Kita sedang berusaha untuk membawa pemain yang kita mahu dan mampu dari segi kewangan. Mereka boleh bantu kita untuk capai apa yang kita mahu. Tapi Chelsea sendiri tentunya ada perancangan mereka sendiri.”

“Apa yang cuba saya katakan adalah apa yang mahu kami lakukan, yang mana kami mahu membawa kelab ke tempat selayaknya ia berada.”

“Kami akan lakukan itu. Cuma jangka waktu untuk mencapai itu mungkin sedikit rumit berbanding apa yang orang fikirkan.”

“Namun satu-satunya sasaran untuk melakukan itu, adalah hari esok, musim ini dan perlawanan berikutnya, kami mahu sentiasa menang dan itu sahaja. Boleh kami capai semua itu secepat yang mungkin? Itulah okjektif yang kami ada.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Arsenal Gayat Di Puncak Liga Dan Hampiri Kejuaraan EPL 2023/24