Martinelli Dedah Arsenal Sengaja Eksploitasi Kelemahan Trent Alexander-Arnold

Gabriel Martinelli berkata Arsenal sememangnya mensasarkan Trent Alexander-Arnold dan ruangan sisi sebelah kiri Liverpool dalam kemenangan 3-1 ke atas lawan mereka itu pada Ahad lalu.

Walaupun Alexander-Arnold sering dicanang sebagai pemain genius kerana kualitinya di dalam sistem Jurgen Klopp untuk membantu serangan pasukan, kecenderungannya itu juga dianggap sebagai kelemahan utama Liveepool yang sangat jelas.

Alexander-Arnold mungkin diarahkan untuk meneutralkan ancaman daripada Martinelli. Namun dalam perlawanan tersebut persembahan Martinelli jelas sukar dibendung oleh bek sayap kiri itu.

Malah tidak keterlaluan persembahan Martinelli dalam perlawanan tersebut dianggap yang terbaik pernah dihasilkannya pada musim ini.

Dan selepas perlawanan Martinelli mendedahkan bagaimana taktikal pasukan dan rakan sepasukannya yang lain sengaja melancarkan serangan daripada bahagian kanan pertahanan Liverpool.

“Kami semua dah tahu itulah bahagian di mana kami mampu menghasilkan sesuatu. Secara peribadi saya sentiasa beraksi cemerlang menentang Liverpool,” kata Martinelli.

Komen tersebut mungkin kedengaran angkuh dan merendahkan kualiti dimiliki Alexander-Arnold. Realitinya ia ada kebenarannya. Sehingga kini Martinelli sudah mencetak lima gol menentang Liverpool.

Ia juga menjelaskan mengapa Klopp sangat vokal dan tertarik dengan kualiti dimiliki Martinelli. Dalam satu perlawanan Piala Carabao menentang Arsenal di mana Martinelli menjaringkan dua golm dalam perlawanan tesebut, Klopp pernah melabel pemain itu sebagai ‘bakat terbaik abad ini.”

Dan sebelum kunjungan ke Emirates pada musim lalu, Klopp turut pernah bertanyakan mengenai Martinelli.

“Martinelli, dari awal saya sangat teruja melihat aksinya. Dia telah menjadi pemain yang saya jangkakan. Dia selayaknya mendapat apa yang dia perolehi setakat ini.”

BACA:  Old Trafford Tak Sesuai, Legenda Anfield Gesa Liverpool Segera Pikat Southgate