Premier League 2019/20: Liverpool 5-3 Chelsea

Perlawanan menentang Chelsea merupakan perlawanan penuh bersejarah buat pasukan paling hebat di muka bumi ini, Sang Penakluk Dunia, Penakluk Eropah, Penakluk hati dan jiwa penyokong mereka, Liverpool power every year is our year.

Kenapa bersejarah?

Kerana ini merupakan perlawanan terakhir Liverpool musim 2019/20 di Anfield maka inilah detik yang dinanti-nanti, julangan Piala Premier League buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Walaupun tanpa kehadiran sebarang penyokong, upacara keraian ini telah diatur dengan begitu meriah dan pentas untuk Jordan Henderson menjulang piala telah siap dihias.

Pertunjukkan bunga api juga sudah menjadi kewajipan dan hanya saudara terdekat para pemain dijemput untuk memeriahkan suasana.

Untuk tidak mencatatkan majlis sudah pasti kemenangan akan dicari oleh Liverpool dalam perlawanan ini.

Liverpool memulakan perlawanan ini dengan penuh meyakinkan kena dengan status mereka sebagai Sang Penakluk Dunia.

Separuh masa pertama sahaja sudah tiga gol dijaringkan Liverpool dan hanya satu gol berjaya dibalas Chelsea.

Naby Keita membuka jaringan dengan satu gol melalui satu penendang yang sekuat hati, screamer katanya.

Bola dikutip dari luar kotak penalti lalu dibawa sedikit sebelum dirembat bola memggelupur pergi menerjah palang sebelum terkulai di gawang.

Trent Alexander-Arnold kemudian menggandakan kedudukan melalui satu sepakan percuma super cantik yang melencong menewaskan Kepa Arrizabalaga.

Georgino Wijnaldum terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga sebelum Olivier Giroud membuka jaringan untuk Chelsea sebelum tamat separuh mada pertama.

Arnold telah memecahkan rekod peribadi musim lalu dengan assist yang ke-13 musim ini sebagai pemain pertahanan terbanyak melakukan assist. Musim lepas 12.

Pada minit ke-55 Roberto Firmino menjaringkan gol ke-4 melalui satu sundulan tajam sambil berlari menyempurnakan hantaran tepat Arnold.

Tersentak dengan gol keempat itu, Frank Lampard membuat tiga pertukaran serentak dan ternyata mendatangkan hasil.

Chlesea mengejar sehingga mendapat nombor keramat mereka ketika ini, nombor 3 hasil jaringam Tammy Abraham dan Christian Pulisic.

Chamberlain mematikan semangat kebangkitan Chelsea dengan gol kelima. Tiga gol sudah memadai buat Chelsea.

Banyak peluang dibazirkan Mohamed Salah dalam perlawanan ini. Mungkin kerana tidak mahu memalukan Chelsea.

Liverpool kekal tidak kalah di Anfield buat tiga musim berturut-turut dan ini merupakan peristiwa pertama kali berlaku di sejarah kelab.

Satu rekod sangat menggerunkan daripada Liverpool buat lawan datang bertandang.

Chelsea pasukan suruhan Liverpool yang membantu The Reds mengesahkan kejuaraan Premier League tanpa turun beraksi telah kehilangan tempat ketiga mereka dengan kekalahan ini.

Manchester United yang sekadar seri memotong Chelsea dengan defisit gol dan terikat mata yang sama.

Perlawanan terakhir liga akan menjadi penentu.

Kesebelasan Utama Liverpool vs Chelsea

Starting XI: Alisson (7); Alexander-Arnold (8*), Gomez (6), Van Dijk (7), Robertson (7); Keita (8), Fabinho (7), Wijnaldum (8); Salah (7), Firmino (7), Mane (7).

Substitutes: Milner (7), Jones (7), Oxlade-Chamberlain (7), Minamino (N/A), Origi (N/A).

Starting XI: Kepa (5); Azpilicueta (6), Zouma (5), Rudiger (5); James (6) Jorginho (5), Kovacic (6), Alonso (5); Willian (5), Giroud (7), Mount (6).

Substitutes: Abraham (7), Hudson-Odoi (6), Pulisic (9*).

BACA:  Ramos Perli Rekod Buruk Klopp Dalam Perlawanan Akhir