Arsenal Sudah Sediakan Jersi ‘Champions 2023/24’ Dan Jadual Perarakan Piala EPL

Arsenal sudah sedia untuk menyambut kejayaan menjuarai EPL dengan merancang dengan sebaiknya keraian tersebut demi melancarkan aktiviti pesta di sekitar bandar London.

Antaranya, Arsenal sudah menyediakan beribu jersi khas yang bertulis Champions 2023/24. Jersi ini akan terus diberikan kepada pemain dan peminat yang bertuah untuk meraikan kejayaan itu nanti.

Jersi tersebut berwarna kuning kehijauan yang cantik sekali. Di belakang jersi itu juga dicetak logo EPL yang ikonik dengan dakwat hitam itu premium.

Jadi Arsenal sudah tak sabar untuk menyarung jersi ikonik ini.

Arsenal turut sudah merancang tarikh perarakan kejuaraan EPL jika kelab itu berjaya menjuarai EPL pada hari terakhir esok.

Bagi peminat Arsenal yang mahu menyertai perarakan bas dua tingkat itu, boleh bersedia di sekitar Drayton Park, Aubert Park, Highbury Grove, St Paul Road, Upper Street dan di belakang stadium Emirates.

Tarikh ditetapkan pada 20 Mei 2024 pada pukul 5 petang. Ianya akan menjadi detik bersejarah buat Arsenal untuk meraikan kejayaan tersebut setelah 20 tahun kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang kali terakhir mereka julang pada 2004.

Perkara tersebut turut dihebahkan menerusi laman rasmi Arsenal untuk memastikan peminat bersedia lebih awal.

Persaingan liga kini tinggal di antara Arsenal dan Manchester City.

Man City di hadapan dengan kelebihan 2 mata di atas Arsenal. Man City dengan 88 mata dan Arsenal pula dengan 86 mata.

Dari segi perbezaan jaringan Man City ada 60 dan Arsenal ada 61.

Jika City seri dan Arsenal menang, maka kejuaraan milik Arsenal. Jika City kalah Arsenal menang, kejuaraan tetap milik Arsenal.

City hanya ada pilihan untuk menang untuk mengesahkan kejuaraan mereka.

Manchester City akan menentang West Ham pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris. Sementara itu Arsenal akan berdepan dengan Everton.

Kedua dua pasukan beraksi di tempat sendiri pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris musim 2023/24.

Pep Guardiola sedang mempersiapkan pasukan yang boleh menjulang kejuaraan buat kali keempat berturut turut. Menjadikan mereka pasukan pertama melakukannya – jika mereka berjaya.

Arsenal yang musim lalu menamatkan saingan di tangga kedua mahu memperbaiki prestasi tersebut untuk bergelar juara pula.

BACA:  Bellamy: Ramsey Bakal Tinggalkan Arsenal