Arsenal Semakin Hampir Juara EPL 2023/24

Mikel Arteta terus membuktikan bahawa dia seorang yang genius. Dia kini semakin hampir membimbing Arsenal ke jalan kegemilangannya.

Arsenal menang 3-0 ke atas Bournemouth dalam aksi yang dikuasai Arsenal sepenuhnya.

Taring seorang juara itu jelas hanya ada pada Arsenal dalam perlawanan ini. Menyedari bahawa mereka wajib menang baki perlawanan yang ada untuk mengatasi pasukan yang memiliki 115 pertuduhan penipuan salah laku kewangan.

Bukayo Saka memulakan aksi cemerlang Arsenal dengan gol penalti minit ke-45.

Kemudian, pemain yang terus membuktikan bahawa dia antara pembelian paling berbaloi Arsenal, Leandro Trossard mencetak gol kedua Arsenal minit ke-70.

Ketika Arsenal seolah olah akan menang 2-0, bintang £105 juta mereka, Declan Rice menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan lewat perlawanan.

Aksi berakhir dengan kemenangan bermaruah buat The Gunners 3-0. Kini mereka mengutip 83 mata setelah mengharungi 36 perlawanan. Empat mata di atas Man City yang merupakan juara bertahan – yang akan turut pada sepak mula yang lebih lewat menentang Wolves.

Jika Man City tidak dapat mencipta kemenangan hari ini, ianya akan mendekatkan lagi Arsenal dengan trofi kejuaraan.

Sebagai perbandingan, Arsenal masih ada baki 2 perlawanan, namun Man City keseluruhannya masih ada 4 lagi baki perlawanan.

Skuad Pep Guardiola sama seperti skuad bimbingan Mikel Arteta, sudah melepaskan komitmen dalam aksi Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Persaingan yang menjadi sangat sengit antara kedua dua pasukan ini. Walaupun secara matematiknya, Liverpool juga masih kekal dalam persaingan. Namun mereka sudah boleh dikira tak dapat juara dah tu, sebab dah jauh beza.

Aksi seterusnya Arsenal akan bertemu dengan KING EPL yang sebenar iaitu Manchester United. Ianya aksi yang akan dilangsungkan di gelanggang keramat Old Trafford.

Arsenal sedar bahawa Man United adalah pasukan berkelas dunia. Ibarat harimau yang sedang tidur. Kalau mereka bangun, impian kejuaraan Arsenal boleh ranap sama seperti Liverpool.

Aksi terakhir Arsenal mudah sikit, menentang Everton yang menewaskan Liverpool sebelum ini membuatkan impian kejuaraan Jurgen Klopp pada musim terakhir sudah hampir mampus.

BACA:  Newcastle Tutup Laluan Arsenal Untuk Layak Ke Champions League