Arsenal Bakal Didenda Selepas Kemenangan Atas Liverpool

Arsenal sudah pasti akan didenda sekurang-kurangnya £25,000 (sekitar RM150,000) selepas kemenangan bergaya ke atas Liverpool pada hujung minggu lalu.

The Gunners menumbangkan ego Sang Bakal Juara itu 3-1 di Emirates pada hujung minggu lalu dalam perlawanan yang berlangsung dengan panas dan menyaksikan 7 layangan kad kuning.

Unu termasuklah enam layangan kad kuning dan kad merah yang diterima pemain pertahanan Ibrahima Konate. Tiga daripada empat pemain pertahanan Arsenal – Ben White, William Saliba dan Gabriel Magalhaes – semuanya dilayangkan kad kuning.

Tidak ketinggalan menerima nasib sama adalah Jakub Kiwior yang masuk menggantikan Oleksandr Zinchenko.

Declan Rice dan Kai Havertz kemudiannya melengkapkan senarai enam pemain Arsenal menerima kad kuning dalam satu perlawanan.

INews melaporkan Premier League akan mendenda £25,000 untuk kelab utara London itu kerana jumlah kad yang diterima skuad kendalian Arteta.

Pada awal musim ini Chelsea dan Liverpool turut menerima nasib sama selepas enam pemain mereka dilayangkan kad kuning dalam satu perlawanan.

Pada Oktober lalu lapan pemain Liverpool menerima layangan kad kuning dalam perlawanan menentang Tottenham pada Oktober lalu. Enam pemain Chelsea dilayangkan kad kuning ketika Chelsea berhadapan Wolves dalam perlawanan menjelang Krismas.

Pemain Arsenal dan pengurus pasukan Mikel Arteta dikritik ramai pada hujung minggu lalu kerana keraian berlebihan selepas menang menentang Liverpool.

BACA:  Henderson Enggan Berpindah Walaupun Diminta Tinggalkan Liverpool Ketika Era Brendan Rodgers