Arsenal Gayat Di Puncak Liga Dan Hampiri Kejuaraan EPL 2023/24

Arsenal kini semakin hampir pasti bakal menjadi juara EPL apabila mereka menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris memintas Man City dan Liverpool dalam satu masa yang sama.

Arsenal melayan kunjungan Brentford di Emirates. Dengan sorakan padu penyokong tuan rumah mengiringi semangat Sang Meriam.

Arsenal membuka tirai jaringan mereka menerusi pemain tengah sensasi Declan Rice pada minit ke-19. Declan Rice meneruskan rentak cemerlang dalam sumbangan gol kepada pasukannya.

Kemudian skuad Mikel Arteta terus tampil dominan menekan lawan mereka. Penjaga gol Brentford berdepan dengan 17 percuban sepanjang malam dengan enam tepat ke sasaran.

Namun begitu Arsenal melepaskan bolos masa kecederaan separuh masa pertama. Di mana Yoane Wissa mencetak gol selepas kesilapan tidak disangka sangka dilakukan Ramsdale.

Pada separuh masa kedua Arsenal menguatkan lagi serangan mereka. Namun Brentford memutuskan untuk memarkir treler 2 tinggal di hadapan gol mereka.

Brentford turut melakukan beberapa siri lakonan untuk melengahkan perlawanan semata mata mahu membawa pulang 1 mata dari markas keramat The Gunners.

Arsenal dinafikan beberapa siri permintaan penalti oleh pengadil dan VAR.

Declan Rice hampir mencetak gol kedua apabila rembatannya terkena palang gol.

Emirates akhirnya bergegak gempita apabila bintang Jerman, Kai Havertz menyambar masuk hantaran daripada siapa lagi kalau bukan Martin Odegaard.

VAR menunjukkan bahawa Havertz berada di kedudukan yang sangat tepat dan gol bersih.

Brentford kemudian cuba melakukan kejutan sekali lagi pada minit minit akhir permainan. Namun itu tidak cukup untuk menghalang Arsenal naik ke tangga teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

Mikel Arteta berpelukan dengan staf kejurulatihannya, mengetahui bahawa impian mereka untuk menjulang EPL kini semakin cerah.

Dan mereka kini menunggu keputusan antara Liverpool dan Man City pada hari ini. Jika keputusan seri dicatatkan di Anfield maka Arsenal akan kekal memimpin Liga Perdana Inggeris selepas 28 perlawanan.

Kini The Gunners masih ada baki 10 perlawanan sahaja lagi untuk melunaskan impian mereka bergelar juara kali pertama sejak 2004 iaitu pada 20 tahun yang lalu. Ketika itu Arsenal dibimbing oleh Arsene Wenger sang Profesor.

BACA:  Premier League 2022/23: Arsenal Kalah Bermaruah 4-1 Di Etihad