Pemain Muda Arsenal Jadi Sanjungan Selepas Sumbat 10 Gol Belasah Liverpool 14-3

Pemain remaja Arsenal Chido Obi-Martin menjaringkan 10 gol untuk membantu skiuad B-16 The Gunners membelasah Liverpool 14-3.

Obi Martin adalah pemain berusia 15 tahun dan merupakan anggota skuad kebangsaan B-17 Denmark. Musim lalu dia menjaringkan tiga gol daripada enam penampilan bersama skuad B-18 Arsebal, selain melakukan debut bersama skuad B-21 kelab itu.

Walaupun baru berusia 15 tahun, Obi-Martin sudahpun menjadi pemain utama skuad B-18, dan tampil buat kali pertama di pertandingan UEFA Youth League pada awal musim ini.

Namun pada Sabtu lalu, Obi-Martin mengejutkan ramai pihak apabila menjaringkan 10 gol – menentang Liverpool!

Sebenarnya penampilan Obi-Martin dalam perlawanan itu adalah kerana tiadanya perlawanan membabitkan pasukan yang lebih senior pada minggu ini.

Bakat Obi-Martin sememangnya dipandang tinggi di Arsenal dan pemain muda itu sudah pun dipanggil oleh Mikel Arteta untuk berlatih bersama skuad utama Arsenal pada musim ini.

Pada awal musim Obi-Martin turut menjaringkan hatrik untuk Arsenal dalam perlawanan menentang Southampton di pertandingan Premier League 2.

Legenda Arsenal Ian Wright yang mengikuti rapat perkembangan pemain muda ini turut menyanjung tinggi potensi yang dimiliki Obi-Martin.

“Chido Obi-Martin hanya berusia 15 tahun. Tapi jujurnya dia berketinggian 6 kaki 2 inci dan sangat pantas.”

Di pentas antarabangsa Obi-Martin turut menyerlah apabila menjaringkan 7 gol daripada 9 penampilan untuk skuad Denmark B-18 di bawah kendalian Jesper Mikkelsen.

“Apabila anda melihat ke arah Chido, dia kelihatan seperti seorang yang bukan menuju usia 16 tahun. Pertama kerana fizikalnya yang jelas memberi kelebihan sebagai seorang pemain bola sepak.”

BACA:  Griezmann Bantai Pengadil Kerana Terlalu Manjakan Liverpool