Arteta Tak Sengaja Dedah Pemain Arsenal Hidup Bahagia Berkongsi Rumah Dan Isteri

Pengurus Arsenal Mikel Arteta mengulas insiden pertengkaran mulut yang berlaku di antara Oleksandr Zinchencko dan Ben White ketika pasukan itu menang ke atas Nottingham Forest pada hujung bulan lalu.

Pertengkaran mulut di antara Zinchenko dan Whiter terpaksa mengundang campur tangan pengurus berusia 41 tahun itu sebelum keadaan menjadi lebih panas.

Dan ketika mengulas insiden tersebut kepada wartawan, Arteta berkata perkara tersebut terkawal dan tiada isu serius di antara kedua-duanya.

Sengaja atau tidak, serius atau berseloroh Arteta berkata kedua-dua pemain sebenarnya sangat rapat sehingga berkongsi kediaman dan isteri.

“Yeah… mereka berkongsi kediaman sama sejak beberapa hari lalu dan juga isteri dan segalanya. Ia tiada masalah kerana mereka tinggal bersama. Mereka sahabat baik,” kata Arteta.

“Anda tidak akan bertengkar antara satu sama lain jika tidak mempunyai hubungan baik antara satu sama lain. Perkara ini berlaku kerana anda mempunyai kepercayaan dan persefahaman untuk memberi reaksi sedemikian rupa.

Penyokong Arsenal mahu percaya kenyataan aneh oleh Arteta itu adalah disebabkan keterbatasannya berbahasa Inggeris. Tetapi ada juga mengambil kenyataan itu dengan serius.

Besar kemungkinan Arteta cuba bergurau untuk meredakan insiden panas itu sebelum perlawanan lebih penting menentang Liverpool pada minggu berikutnya – yang mereka menangi 3-1.

Gurauan sebegitu harus diakui tampak aneh dan janggal. Apatah lagi terdapat pihak yang berpendapat pemain Arsenal mengamalkan pergaulan bebas.

Kedua-dua pemain sehingga kini tidak memberikan reaksi terhadap komen pengurus mereka itu. Pasti ramai cuba membayangkan apakah reaksi isteri kedua-dua pemain apabila mendengar komen sedemikian daripada Arteta.

BACA:  Premier League 2019/2020: Arsenal 4-0 Norwich City