Arsenal Nekad Tolong Brentford Cari Penyokong Mereka Yang Rasis Ke Atas Toney

Penyerang Brentford, Ivan Toney menjadi mangsa terbaru serangan perkauman oleh penyokong. Kali ini ada segelintir penyokong Arsenal yang menyerang pemain itu menerusi Instagram dengan komen berbaur perkauman.

Brentford berkata mereka merasa “jijik dan sedih” dengan “mesej yang jelek, kesat, perkauman” yang dihantar kepada penyerang Ivan Toney berikutan keputusan seri 1-1 di Arsenal pada Sabtu.

Kelab itu berkata pemain berusia 26 tahun itu, yang menjaringkan gol penyamaan di Stadium Emirates, menerima bertubi-tubi mesej terus ke akaun Instagramnya.

Kelab menyatakan bahawa ini bukan pertama kali Ivan Toney menerima cemuhan perkauman.

Pada bulan Januari, seorang lelaki menerima pertuduhan menghantar mesej yang menyinggung perasaan dan memohon maaf di mahkamah kepada Toney.

Kali ini penyokong Arsenal tidak berpuas hati kerana pemain itu menjaringkan gol daripada situasi ofsaid yang membuatkan Arsenal keciciran mata, seri 1-1 dengan Brentford.

VAR tersilap tidak menyemak kedudukan Norgaard ketika gol itu dihasilkan kerana sibuk memeriksa situasi Pinnock dan Gabriel.

Perkara itu diakui sendiri pengadil VAR, Lee Mason yang menyatakan dia terlupa melukis garisan ofsaid pada Norgaard.

Howard Webb selaku ketua pengadil PGMOL sudah menghubungi Arsenal dan satu lagi kelab menjadi mangsa kesilapan ofsaid iaitu Brighton. Mereka meminta maaf kerana kesilapan manusia dalam perkara itu.

Kesilapan itu dianggap satu bentu rompakan ke atas 3 mata Arsenal. Di mana kelab itu dalam landasan terbaik untuk menjuarai EPL pertama mereka sejak 2004.

Arsenal berusaha melebarkan jurang mata kembali kepada 8 mata di atas City pada hari itu.

Namun malangnya keputusan seri itu membuatkan mereka kini cuma 3 mata di atas City yang turut menang pada hari berikutnya.

Jadi agak tidak adil kalau Toney yang diserang secara rasis kerana dia tidak ada kaitan dengan VAR.

Brentford dalam kenyataannya berkata: “Berapa kali ini perlu berlaku?”

“Kami berasa jijik dan sedih kerana Ivan terpaksa berhadapan dengan perkara ini sekali lagi.

“Kami tidak akan bertolak ansur dan kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk memburu individu terbabit.”

Dalam satu kenyataan, Arsenal berkata: “Kami berdiri bersama Ivan Toney dan sedang bekerjasama dengan Brentford untuk mengenal pasti mereka yang harus ditangkan kerana penderaan perkauman.”

“Di Arsenal, kami mengecam semua bentuk diskriminasi dan mengambil pendekatan sifar toleransi. Kami akan menggunakan tindakan setegas mungkin kepada sesiapa sahaja yang kami kenal pasti menghantar mesej kebencian.”

Pada bulan Oktober, Toney berkongsi imej penderaan perkauman yang diterimanya di Twitter, menyebabkan polis menyiasat kes itu.

Antonio Neill, 24, dari Blyth, Northumberland, menerima pertuduhan kerana menghantar mesej yang menyinggung perasaan Toney dan akan dijatuhkan hukuman bulan depan.

“Kami menyeru peminat bola sepak di mana-mana untuk menikmati persaingan dan perseteruan yang wujud antara kita, tetapi menghormati dan menerima perbezaan dan meraikan kepelbagaian yang wujud sepanjang Liga Perdana Inggeris,” tambah kenyataan itu.

“Tiada ruang untuk perkauman.”

Arsenal dan City akan bertemu pada pertengahan minggu ini. Jika menang, Man City akan memintas Arsenal di tangga teratas.

Aksi tersebut adalah aksi yang ditunda sebelum ini. Jadi perlawanan itu juga boleh menjadi perlawanan yang menentukan siapakah juara pada akhir musim ini.

Arsenal kali kedua berturut turut keciciran mata dalam EPL membuatkan mereka perlu bangkit dan menewaskan Man City dengan usaha mereka sendiri untu melebarkan jurang mata kembali kepada 6 mata. Dengan ada 1 lagi perlawanan  dalam tangan berbanding City.

BACA:  Premier League 2021/22: Chelsea 2-4 Arsenal (Agg. 4-4)