Drogba Menganjing Arsenal Selepas Willian Meninggalkan Kelab Tercorot Liga Itu

Legenda Chelsea, Didier Drogba telah memuat naik status di twitter untuk mengusik para penyokong Arsenal, selepas Willian secara rasminya meninggalkan kelab kemarin.

Drogba dengan segera meninggalkan komen selepas pemain kebangsaan Brazil itu memuat naik ucapan terima kasih kepada Arsenal kerana membenarkan beliau untuk membatalkan kontraknya.

“Oh Willyyyyyyyyyyyyyy haaaaaaaannnnnnnnnn pulang ke rumah.”

Tulis Drogba di laman twitter miliknya.

Legenda Ivory Coast itu turut meletakkan emoji mata berkelip dan emoji hati berwarna biru dalam muat naik tersebut, yang membawa maksud mengimbau semula kenangan karier Willian bersama Chelsea.

Beliau kemudiannya meninggalkan komen pada muat naik tersebut awal pagi tadi dengan menganjing para penyokong Arsenal.

Beliau dengan jujurnya mengakui bahawa muat naik tersebut sememangnya ‘banter’ untuk kedua-dua pasukan.

Beliau tidak tahan untuk terus menganjing The Gunners dengan kemudiannya menyatakan:

“Terima kasih ejen Willian, misi kamu sudah selesai, sama seperti David Luiz dan Petr Cech.”

Ketiga-tiga pemain itu pernah beraksi bersama Arsenal sebelum ini dan Drogba jelas mahu menyatakan yang mereka berhijrah dari Stamford Bridge ke Emirates untuk menjahanamkan Gunners.

Ini bukanlah kali pertama Drogba menganjing Arsenal pada musim ini, dengan beliau sebelum ini turut mengusik penyokong Arsenal ketika aksi kemenangan 2-0 The Blues menewaskan Gunners.

Beliau membalas ciapan yang ditulis oleh penandatanganan terbaru Chelsea, Romelu Lukaku dengan menyatakan bahawa:

“LONDON senantiasa biru.”

Beliau turut menulis hashtag #theprideoflondon dalam muat naik tersebut.

Legenda terhebat sepanjang zaman Chelsea itu turut mempunyai rekod jaringan yang sungguh menakjubkan ketika beraksi bertemu Arsenal sepanjang kariernya.

Dari 15 penampilan dalam semua pertandingan bertemu Gunners, beliau telah berjaya menjaringkan 13 gol, termasuk dua gol ketika aksi perlawanan akhir League Cup pada tahun 2007 yang lalu.

Beliau turut pernah menjaringkan gol ketika aksi perlawanan peringkat separuh akhir FA Cup pada tahun 2009 bertemu The Gunners.

Sementara itu, pemergian Willian dari saingan Premier League telah mencetuskan pelbagai spekulasi tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam sistem kendalian Mikel Arteta di Emirates.

Ejen kepada bintang berusia 33 tahun itu, Kia Joorabchian telah melemparkan kritikan pedas ke atas Arsenal selepas Willian sah menjadi pemain Corinthians kemarin.

Beliau menyatakan yang pemainnya itu ke Arsenal kerana berminat dengan projek yang ditawarkan, namun hakikatnya projek itu tidak wujud.

Beliau turut mempertahankan pemainnya yang dianggap beraksi hambar sepanjang bersama Arsenal, selepas menjaringkan hanya satu gol dari 25 penampilan dalam saingan Premier League.

Beliau mempertahankan Willian dengan menyatakan:

“Willian bukan masalah”

Beliau kemudiannya mempersoalkan tentang siapa saja pemain yang menyertai Arsenal sejak kebelakangan ini boleh dikatakan menjadi dan beraksi cemerlang.

Beliau menegaskan kesemua pemain tidak berada ditahap terbaik mereka kerana para pemain tidak sesuai dengan sistem dan pendekatan yang digunakan oleh Mikel Arteta.

Selepas tiga perlawanan dalam saingan Premier League musim ini, Arsenal kini berada di kedudukan ke-20 dengan mereka tewas dalam kesemua tiga perlawanan tersebut.

Lebih teruk lagi, selain kalah kesemua tiga perlawanan awal, Arsenal langsung tidak berjaya untuk mencipta sebarang gol, namun mereka telah mencatatkan sembilan bolos sepanjang tempoh tersebut.

Ia merupakan permulaan musim yang paling teruk dalam sejarah penubuhan kelab, dengan masa depan Arteta kini dilihat semakin malap.

Selain beliau dikritik kerana keputusan buruk Arsenal, Arteta turut dikecam kerana membelanjakan duit untuk membeli pemain yang dirasakan tidak perlu.

Arsenal selepas ini bakal beraksi bertemu Norwich, dengan perlawanan itu merupakan penentu untuk siapa yang akan terus berada di dasar liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mkhitaryan Salahkan Diri Sendiri Mengenai Kegagalan Di Old Trafford