Eddie Howe Di Ambang Pemecatan, Newcastle Kejar Pengendali Girona

Newcastle United dilaporkan serius untuk memecat Eddie Howe dan menggantikannya dengan pengendali Girona, Michel Sanchez.

Howe membimbing Newcastle ke kedudukan keempat Premier League selain mata ke perlawanan akhir Piala Carabao pada musim lalu.

Pada masa yang sama jurulatih muda dan dinamik itu turut membantu The Magpies layak ke Champions League buat kali pertama di dalam tempoh 20 tahun.

Cabaran Newcastle di pentas Eropah bagaimanapun begitu singkat apabila tersingkir awal selepas Newcastle menduduki kedudukan tercorot saingan peringkat kumpulan.

Beberapa keputusan buruk kebelakangan ini turut menyebabkan kemampuan pengurus berusia 46 tahun itu mulai dipersoalkan sehingga timbul spekulasi Newacastle mahu menggantikan Howe dengan Michel Sanchez yang cemerlang bersama Girona di La Liga pada musim ini.

Hanya pada musim pertamanya Michel sudah berjaya membawa Girona memenangi promosi ke La Liga. Musim berikutnya dia membawa Girona mengakhiri musim di kedudukan ke-10 La Liga.

Girona dimiliki oleh konsortium yang turut memiliki Manchester City dan mengejutkan ramai pemerhati bola sepak Eropah apabila kini menerajui kedudukan teratas La Liga bersama Real Madrid selepas 19 perlawanan setakat ini.

Maka tidak hairanlah banyak kelab-kelab besar Eropah tertarik dengan kemampuan Michel selepas magis yang dilakukannya bersama Girona.

Hubungan Girona bersama City menjadikan Michel sebagai calon paling sesuai untuk menggantikan Pep Guardiola pada masa hadapan. Barcelona pula mengintai pengurus Sepanyol itu sebagai pengganti Xavi.

Pada ketika ini Newcastle telah berhadapan tujuh kekalahan daripada lapan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Prestasi buruk itu meletakkan skuad kendalian Eddie Howe di kedudukan kesembilan Premier League, 11 mata di belakang Arsenal di tangga keempat yang merupakan slot terakhir untuk layak ke Champions League secara automatik musim hadapan.

Berikutan spekulasi mengenai masa depannya, Eddi Howe kini berhadapan getir dalam perlawanan wajib menang menentang seteru setempat, Sunderlangd pada Sabtu hadapan di pusingan ketiga Piala FA, dalam usaha untuk membuktikan kemampuannya.

BACA:  Adakah Liverpool Dan Spurs Akan Terus Menentang Pengambilalihan Newcastle?