Pengurus Manchester United Erik ten Hag mengesahkan dia akan memanggil Marcus Rashford dan bercakap dengan pemain itu mengenai prestasi buruk yang ditampilkannya sepanjang musim ini.
Rashford menandatangani kontrak baharu serba mewah pada musim panas lalu selepas menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan pada musim pertama Ten Hag mengendalikan pasukan itu.
Situasi bagaimanapun berubah pada musim ini apabila Rashford setakat ini hanya mampu menghasilkan dua jaringan.
Penyerang berusia 26 tahun itu memulakan perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama dalam kekalahan 1-0 kepada Newcastle United, namun dikeluarkan oleh Ten Hag selepas sejam perlawanan berlangsung setelah gagal menghadirkan impak yang diharapkan.
🔴🏴 Ten Hag on Rashford’s poor form: “Marcus is not happy. We are not happy. He has high expectations from himself”.
“At the moment he is not in his best form but I know he will be back”. pic.twitter.com/YNqxRqu87x
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 10, 2023
“Saya akan bercakap dengannya, dan bukannya mengulas di media,” kata Ten Hag selepas perlawanan ketika ditanya wartawan apakah yang tidak kena dengan Rashford.
“Saya tidak menilai prestasi pemain secara individu. Saya tahu isu ini akan datang dan selama ini Marcus berusaha keras. Dia akan kembali ke prestasi terbaiknya. Dia akan pulih dan dia akan terus mendapat sokongan kami semua.”
Mantan kapten Harry Maguire turut berjanji terus berada di belakang Rashford, selepas dirinya sendiri turut pernah bergelut dengan prestasi untuk membuktikan kemampuannya kepada Ten Hag.
“Marcus melalui musim yang luar biasa musim lalu,” kata Maguire kepada TNT Sport.
🔴🏴 Ten Hag on Rashford’s poor form: “Marcus is not happy. We are not happy. He has high expectations from himself”.
“At the moment he is not in his best form but I know he will be back”. pic.twitter.com/YNqxRqu87x
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 10, 2023
“Musim ini semuanya serba tidak menjadi buatnya. Dia sentiasa bekerja keras. Semua pemain di bilik persalinan mengetahui hakikat itu.”
Rashford bukan satu-satunya pemain yang dicemuh peminat ketika perlawanan menentang Newcastle. Ten Hag turut perlu memberi penjelasan mengapa dia menjerit ke arah Anthony Martial pada babak pertama perlawanan itu.
“Saya tidak berharap [mereka akan menjadi semakin baik] – saya sangat yakin [mereka akan menjadi lebih baik],” kata Ten Hag mengulas mengenai prestasi kedua-dua pemain.
“Kita semua sentiasa mengharapkan permainan sempurna tetapi kita juga berhadapan banyak perlawanan dalam tempoh masa yang singkat, dan kami sedar pentingnya untuk bangkit kembali.”