Richarlison Memperlekeh Pemain United Dengan Menunjukkan Skill Luar Biasa Dasyat

Richarlison memperlekeh pemain Man Utd dengan menunjukkan skill membawa bola menggunakan kepala ketika aksi di Goodison Park malam semalam.

Pemain penyerang Everton yang kini berusia 24 tahun itu telah berjaya menjaringkan tujuh gol dari 29 penampilan bersama kelab dan negara sepanjang musim ini.

Ketika aksi kemenangan 1-0 Everton menewaskan setan merah semalam, beliau telah memutuskan untuk menunjukkan skill yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pada minit ke-56 dalam perlawanan tersebut, beliau dengan santai berlari sambil bola berada di kepalanya untuk masuk ke kawasan United.

Pemain Man Utd juga sepertinya memberi ruang kepadanya untuk menunjukkan skill tersebut dengan mereka hanya mula masuk sebaik bola jatuh ke tanah.

Beliau seolah-olah memperlekeh pemain United dengan menunjukkan skill seperti itu dalam perlawanan besar bertemu pasukan seperti Man Utd.

Selepas wisel penamat dibunyikan, pengurus Everton, Frank Lampard mengakui yang beliau sudah bersedia untuk menggunakan cara “old school” pada Richarlison ketika melihat bintang Brazil itu melakukan skill tersebut.

“Saya dah bersedia mahu lakukan cara old school pada dia dan beritahu dia supaya berhenti lakukan itu.”

Jelas Lampard kepada BT Sport.

“Tapi saya tak akan lakukan kerana dia sentiasa lakukan yang terbaik di sini. Penyokong suka dia kerana dia berusaha dan menyerahkan segala-galanya ketika beraksi.”

“Lima tandukan sambil berlari itu bukan untuk saya tapi dia melalui hari yang sangat hebat hari ini.”

Richarlison bersama rakan sepasukannya jelas sekali mengharungi hari yang sangat sempurna pada hari ini selepas kejayaan mereka menewaskan Manchester United.

Kekecewaan mereka tewas di tangan Burnley yang sedang berada di zon penyingkiran pada pertengahan minggu lalu berjaya ditebus dengan kemenangan bertemu setan merah semalam.

Penyokong Everton juga berhak dipuji kerana mereka tidak henti-henti memberikan sokongan kepada para pemain, walaupun skuad pada ketika ini sedang berada pada titik terlemah mereka.

Gol jaringan Anthony Gordon pada minit ke-27 permainan sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan penting kepada skuad Frank Lampard dengan mereka kini berada empat mata di zon selamat.

Para peminat juga semakin percaya yang Everton akan mampu menyelamatkan diri dari berada di zon penyingkiran dan akan terus kekal dalam saingan Premier League pada musim hadapan.

Pemain midfield Everton, Fabian Delph menyatakan yang keputusan perlawanan tersebut merupakan kelegaan terbesar untuk semua orang di Goodison Park.

“Kena comeback ketika perlawanan terakhir, ia memang satu hal yang menyakitkan.”

Jelasnya kepada BT Sport.

“Kami kecewa, seperti yang kamu semua jangkakan. Kami datang dengan perancangan yang rapi. Kami kekal bersama kami ikut rancangan dan akhirnya berjaya dapatkan tiga mata.”

“Kami jangka mereka akan ada kesempatan. Mereka pasukan hebat dengan pemain yang hebat. Ia soal kekal bersama dan harungi dugaan bersama. Kami berjaya lakukan itu. Ia satu kelegaan untuk pemain, pengurusan dan semua orang yang terlibat dengan Everton.”

Kemenangan dalam perlawanan ini membantu Everton untuk mengelak dari berada di zon penyingkiran.

Manchester United pula ketika ini sepertinya semakin sukar untuk mengejar kedudukan empat teratas selepas mereka beberapa kali keciciran mata.

Selepas seri bertemu Leicester City, malam semalam mereka merekodkan kekalahan pula bertemu Everton yang sedang bergelut mahu mengelak dari zon penyingkiran.

Ia jelas sekali bukan sesuatu yang diharapkan oleh kem United dan tidak keterlaluan untuk menganggap harapan mereka untuk beraksi di pentas UCL musim depan sudah agak mustahil untuk dicapai.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Manchester United Hilang Sabar Dengan Pemain Ini Dan Sudah Ada Calon Penggantinya