Manchester United Hilang Sabar Dengan Pemain Ini Dan Sudah Ada Calon Penggantinya

Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United dilaporkan sudah hilang sabar dengan pemain pertahanan, Aaron Wan Bissaka dan melihat pertahanan RB Leipzig, Nordi Mukiele sebagai calon pengganti.

Hal tersebut telah didedahkan oleh media Sepanyol, Fichajes.Net, yang mendedahkan tentang bagaimana Wan Bissaka tidak serasi dengan skuad baru United pada ketika ini.

Laporan sama turut mendakwa yang Wan Bissaka memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat teruk dan kerana itulah United sudah bersedia untuk menandatangani calon pengganti pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Mukiele merupakan calon paling berpotensi untuk menggantikan Aaron Wan Bissaka dengan United bakal memulakan langkah untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas nanti.

Sejak melengkapkan perpindahan dari Saxony pada tahun 2018, pemain berusia 23 tahun itu berjaya menstabilkan dirinya sebagai salah seorang full-back terbaik dalam saingan Bundesliga.

Beliau telah membuat lebih 100 penampilan dan menjaringkan 9 gol untuk RB Leipzig, lebih menarik lagi beliau turut boleh bermain di mana-mana posisi back four dan midfield.

Mukiele turut mempunyai pengalaman beraksi di pentas bola sepak antarabangsa dengan beliau turut pernah melakukan debutnya bersama skuad kebangsaan Perancis pada awal bulan lalu.

Laporan sama turut mendakwa yang Manchester United tidak yakin dengan kemampuan Bissaka, dengan pemain berusia 22 tahun, Dalot turut bakal meninggalkan kelab.

Diego Dalot dikatakan sedang dalam usahanya untuk kembali bergabung bersama bekas pengurusnya, Jose Mourinho di Roma.

Fichajes.Net turut percaya yang kelab tidak berminat untuk menandatangani homegrown talent untuk menggantikan bekas bintang Crystal Palace itu.

Rundingan United dengan Atletico Madrid berkait perpindahan Kieran Trippier membuktikan betapa mahalnya pemain England untuk ditandatangani.

Wan Bissaka telah dikecam sejak beberapa perlawanan terakhir ini, termasuk aksi di Switzerland yang mana beliau dilayangkan kad merah, dan menyebabkan setan merah tewas di tangan Young Boys.

Ekoran kekalahan terbaru United di tangan Aston Villa, penyampai talkSPORT, Michael Gray turut menghentam pemain berusia 23 tahun itu dan menjelaskan yang Bissaka tidak akan mampu sesuaikan diri jika beraksi di liga bawahan sekali pun.

“Dia merupakan pertahanan terbaik dalam saingan Premier League jika berdepan situasi satu lawan satu.”

Jelas bekas pemain Sunderland dan England itu.

“Tapi peranan dia dengan bola, dengan ketika bola di kaki dia… Dia langsung tak boleh bermain walau beraksi dalam saingan League Two.”

“Ketika saya melihat dia bermain, dia tak pernah nampak selesa dengan bola di kaki. Saya langsung tak yakin, saya rasa dia juga begitu “

Jika Wan Bissaka masih tetap mempamerkan aksi persembahan yang sama sahaja, masa depan beliau di Old Trafford tidak akan bertahan lama.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong Man Utd Teruja Melihat Aksi Debut Martinez Ketika Bertemu Rayo Vallecano