Girona Dakwa Mereka Dihukum La Liga Kerana Cabar Kedudukan Real Madrid Dan Barcelona Musim Ini

Girona percaya kelab mereka dihukum oleh La Liga kerana kedudukan mereka di kelompok atasan liga telah mencabar kedudukan Real Madrid dan Barcelona yang sebelum ini menjadi pilihan juara di Sepanyol saban musim.

Pada Selasa lalu pemain tengah Girona, David Lopez dihukum gantung 4 perlawanan berkaitan komen yang diberikannya terhadap pengadil perlawanan, Miguel Angel Ortiz Ariaz.

Gomez pada ketika itu menyelar pengadil tersebut dan melabelnya sebagai โ€˜tidak beradab dan menghinaโ€™ selepas perlawanan menentang Almeria di Montilivi pada Oktober laluu.

Gomez bagaimanapun tampil memohon maaf dan menarik balik kenyataannya selepas itu.

Girona bagaimanapun kecewa dengan hukuman yang diberikan oleh Jawatankuasa Disiplin La Liga yang menjatuhkan hukuman gantung sebanyak empat perlawanan yang dianggap melampau terhadap pemain berusia 34 tahun itu.

Malah Girona menganggap hukuman tersebut tidak adil apabila dibandingkan dengan pelaku lain yang melakukan kesalahan sama di pertandingan tersebut sebelum ini.

Hukuman tersebut membuatkan segelintir pihak di kem Girona percaya hukuman melampau itu adalah disebabkan situasi dan kedudukan semasa pasukan itu yang bersaing dengan Real Madrid dan Barcelona untuk kejuaraan pada musim ini.

Skuad kendalian Michel Sanchez kini mengumpul jumlah mata yang sama dengan Real Madrid selepas 19 perlawanan dan berada di kedudukan kedua disebabkan perbezaan jaringan, dan mempunyai kelebihan 7 mata ke atas Barcelona.

Hukuman gantung empat perlawanan terhadap Lopez tiba pada masa yang begitu sukar buat Girona. Ini kerana pasukan itu turut telah kehilangan khidmat Eric Gracia akibat kecederaan dalam perlawanan menentang Elche pada hujung minggu lalu.

Girona dijangkakan akan kehilangan khidmat Garcia selama seminggu akibat kecederaan tersebut. Ini menyebabkan Michel hanya mempunyai dia pemain pertahanan tengah yang cergas untuk kunjungan ke Almeria.

BACA:ย  Real Madrid Anggap Undian Semula Champions League Satu 'Skandal'