Dani Alves Keluar Penjara Selepas Bayar Wang Jaminan RM5.12 Juta

Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Dani Alves akhirnya bebas selepas 14 bulan meringkuk di sebalik tirai besi setelah menyerahkan diri kepada pihak berkuasa sebelum ini.

Turut pernah menyarung jersi Sevilla ketika masih bergelar pemain profesional, Alves didakwa dengan jenayah seksual beberapa bulan lalu sebelum rayuannya untuk dibebaskan dengan jaminan dibenarkan oleh mahkamah.

Alves diarahkan membayar wang jaminan berjumlah €1 juta (bersamaan RM5.12 juta) pada minggu lalu, namun bergelut untuk mencari jumlah tersebut setelah turut mengalami krisis kewangan.

Namun demikian dengan bantuan keluarganya, Alves akhirnya berjaya mengumpul jumlah wang yang mencukupi untuk dibatar ke mahkamah.

Pembebasan tersebut datang dengan syarat Alves tidak boleh berada berdekatan dengan mangsa dalam lingkungan minima 1km. Pasport bekas pemain itu turut ditahan untuk mengelakkan dia terbang ke luar negara.

Semua itu sebelum ini menjadi sebab mengapa Alves tidak dibenarkan untuk bebas dengan jaminan oleh mahkamah.

Sebelum ini Alves dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun setengah dan denda €150,000 kepada mangsa sebagai ganti rugi. Namun demikian rayuan Alves adalah untuk menyatakan dirinya tidak bersalah daripada dakwaan.

Ini menyebabkan pihak pendakwaan dan mangsa melakukan rayuan dan menuntut hukuman sembilan sehingga 12 tahun penjara dijatuhjkan terhadap Alves.

Rayuan tersebut dijangka akan mengambil masa yang lama. Perbicaraan sebelum ini pun sudah mengambil masa setahun untuk dibawa ke mahkamah.

Walaupun bebas, Alves diminta untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa penjara setiap minggu.

BACA:  Laporan Dedahkan Barcelona Masih Berhutang Dengan 4 Kelab Sebanyak €144 Juta Je