Trippier Merupakan Kapten Dan Pemain Terbaik 2022-23, Tetapi Kenapa Newcastle Masih Membeli Livramento (£40 Juta)

Newcastle United bersedia untuk membawa masuk Tino Livramento selepas Southampton bersetuju dengan tawaran sebanyak £40 juta yang dikemukan oleh kelab itu. Rundingan ini bermula pada bulan Jun namun berjalan dengan agak rumit kerana ia melibatkan kelab ketiga iaitu Chelsea.

Southampton membeli Livramento dari Chelsea dan kelab itu telah meletakkan klausa sell on dimana mereka akan mendapat sebahagian hasil jualan pemain itu pada jualan seterusnya. Ia bermakna Southampton perlu menjual Livramento pada harga tinggi untuk mendapat wang besar dari aset terbaiknya.

Pada musim lepas dimana Southampton tersingkir dari Liga Perdana, Livramento hanya tampil sebanyak 2 kali akibat kecederaan anterior cruciate ligamen (ACL) yang dialaminya pada April 2022. Dia kembali semula pada Mei 2023 dan bermain dalam perlawanan pra musim 2023-24.

Bagaimana klausa sell on Livramento-Chelsea-Southampton berfungi?

Lebih tinggi harga yang diterima oleh Southampton lebih tinggi bahagian Chelsea dapat. Sebagai contoh, jika Southampton menjual Livramento dengan harga £30 juta, bahagian Southampton adalah £18 juta (60%) dan Chelsea akan mendapat £12 juta. Jika Southampton menjualnya dengan harga £50 juta, bahagian Southampton adalah £28 juta (56%) dan bakinya menjadi milik Chelsea.

Siapa Livramento

Sehingga musim 2021-22 tamat, Livramento tidak pernah bermain di mana-mana liga profesional kemudian Southampton membelinya dari Chelsea dan Ralph Hussenhuttl terus mencampaknya ke dalam kesebelasan utama. Livramento serta merta menunjukkan bakat dan memperkenalkan dirinya di Liga Perdana.

Dalam perlawanan kedua liga musim 2021-22, menentang Manchester United Livramento telah memperagakan kemampuannya. Bermula dari sepakan penjuru pasukan lawan, bola itu telah dikeluarkan oleh pemain Southampton.

Livramento meluru ke arah bola dan Fred juga melakukan perkara sama dari bahagian depannya. Melihat pemain-tengah defensif itu berada dihadapannya, Livramento menguis bola ke arah kanan (tepi garisan) dan dia berlari ke bahagian kirinya. Fred terpedaya dan telah ditewaskan oleh Livramento. Ia bukan hanya berkaitan dengan kepantasan tetapi juga tentang kenyakinan.

Livramento terus membawa bola sehingga hampir mencecah kotak penalti lawan dan melakukan hantaran lintang kepada Adam Amstrong. Ketika itu Fred sudah tersungkur ke tanah. Inilah gambaran pertama siapa Livramento.

Livramento mempunyai musim pertama yang berjaya di Southampton sebelum dihentikan oleh kecederaan ACL. Dia tersisih dari bola sepak selama 392 hari. Dalam tempoh itu, banyak perkara yang telah berlaku disekelilingnya. Hussenhuttl dipecat, Nathan Jones datang dan pergi kemudian Southampton tersingkir dari Liga Perdana.

Newcastle membelinya

Selepas tersingkir dari Liga Perdana, aset berharga Southampton menarik minat dari pasukan lain dan Livramento juga tidak terkecuali. Newcastle membuat tawaran pertama bernilai £23 juta kemudiannya rundingan itu berakhir pada harga £40 juta.

Newcastle tidak memasuki pasaran pemain untuk mencari pertahanan-kanan. Mereka sudah mempunyai Kieran Trippier, pemain terbaik musim sebelumnya. Malah Trippier merupakan kapten kelab dan pada musim lepas Newcastle telah membeli pemain muda dari West Ham, Harrison Ashby untuk dijadikan pengganti Trippier.

Newcastle mengubah prioritinya apabila melihat Livramento boleh dibeli. Pemain ini juga dinilai tinggi dan merupakan aset besar Southampton. Ciri-ciri Trippier dan Ashby adalah mirip tetapi Livramento akan menawarkan sesuatu yang berbeza.

Perbandingan Trippier dan Livramento

Trippier merupakan komponen penting dalam serangan Newcastle. Kualiti hantarannya bernilai tinggi. Segitiga yang dimainkannya bersama Bruno Guimaraes dan Miguel Almiron membuatkan serangan pasukan berjalan lancar, terutamanya pada separuh pertama musim lepas.

Pada musim lepas kapten yang berusia 32 tahun itu mencatatkan expected assist goal (xAG) ketiga tertinggi di liga, di belakang Bruno Fernandes dan Kevin De Bruyne. xAG adalah peluang untuk satu-satu hantaran akhir menjadi gol. Dia juga mempunyai aksi shot creating kedua paling tinggi.

Menurut smartscout,

Kelebihan Trippier berbanding Livramento; Progressive passing (98/100), ball retention ability (53/100), ball recoveries & interception (90/100), disrupting opponent move (74/100), defending intensity (57/100), ariel duels quantity (86/100), xG from ball progression (99/100) dan xG from shot creating (95/100).

Kelebihan Livramento berbanding Trippier; carry dribble volume (98/100), defending impack (68/100), shot volume (63/100) dan reception in opponent box (77/100).

Walaupun Tripper mempunyai banyak kelebihan berbanding Livramento tetapi mereka adalah pemain yang cukup berbeza. Livramento mempunyai kemampuan carry volume dan dribbling jauh lebih tinggi dari Trippier. Ketika sampai ke kawasan atas, Livramento boleh bertindak dalam dua cara sama ada bergerak ke byline atau melakukan crossing sedangkan Trippier hanya ada satu cara iaitu crossing.

Gambar dibawah merupakan contoh bagaimana Livramento menewaskan 2 pemain handalan dunia Paul Pogba dan Luke Shaw, bagaimana Livramento menggunakan kesemua pakejnya carry the ball, byline dan crossing.

Selepas aksi cemerlang bersama Southampton, Livramento dipanggil menyertai skuad B21 England. Walaupun Livramento seorang pemain pertahanan tetapi dia masih mampu menyumbang 2 bantuan gol ketika England bertemu Andorra dalam kempen kelayakan kejohanan Eropah.

Livramento terlepas pertandingan itu yang berlangsung pada tahun ini, dia hanya mempunyai 26 minit permainan kerana baharu kembali dari kecederaan.

Senjata kedua Livramento

Set kemahiran utama Livramento memudahkannya untuk membawa bola dari kawasan-bawah sehingga garisan-akhir padang atau melakukan crossing diantara kawasan kotak penalti lawan. Namun senjata keduanya, dia mempunyai keupayaan membelok secara tiba-tiba ke kawasan-tengah untuk melepaskan percubaan terus ke gawang lawan. Ini adalah pergerakkan yang digemari oleh Eddie Howe yang sering dilakukan oleh Miguel Almiron dan Anthony Gordon.

Pergerakkan sebegini telah diasah oleh Hussenhuttl melalui sistem 4222 Southampton. Sistem tersebut meletakkan Livramento sebagai pertahanan-sayap konvensional ketika menyerang. Dia akan naik untuk berada di sisi padang kerana dua pemain NO10 Southampton berada di kawasan-tengah.

Disini Livramento kadang-kadang memilih untuk masuk ke bahagian-tengah dan melakukan percubaan.

Dalam proses mengembalikan semula prestasinya, Howe boleh menajamkan pergerakkan ini. Howe sebelum ini telah membetulkan cara dan masa larian Almiron sehingga pemain itu mampu menjadi penyumbang gol utama Newcastle.

Bagaimana Livramento dalam bertahan

Pada musim sulung di Liga Perdana, Livramento baharu berusia 18 tahun dan dia telah memegang status pemain utama Southampton. Pemain semuda ini sentiasa bersalah dalam bertahan sama ada terlalu terburu-buru menerkam ke atas atau terlalu pasif di bawah. Livramento seimbang dalam kedua-dua perkara itu.

Kadar rampasan bola dan menukarnya kepada peluang menjadi gol adalah tinggi kerana Livramento berkemampuan dalam merampas bola dan membawa bola tersebut secara bersendirian ke atas sebelum melakukan hantaran akhir atau membelok ke tengah untuk melakukan percubaan gol.

Ketika kanak-kanak, jurulatihnya menggunakannya sebagai pertahanan-tengah. Di Chelsea dia bersama-sama Jamal Musiala dibahagian itu, pada hari ini Chelsea merupakan antara akademi terbaik di England. Ia sangat berguna kepada Livramento mendapat pendidikan bola sepak terbaiknya. Musiala sudah menjadi bintang kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Livramento bertahan dalam garisan tinggi tetapi mempunyai kemampuan untuk melindungi kawasan dibelakangnya, bagi seorang pertahanan semuda ini, bertarung dengan pemain-sayap handalan Liga Perdana telah memberikan satu lonjakkan besar dalam kariernya.

Disini adalah contoh bagaimana dia bertarung dengan bekas rakannya di Chelsea, Callum Hudson-Odoi. Hudson-Odoi dikenali antara ball carrier paling agresif dan membawa Livramento bertarung dalam situasi 1 lawan 1.

Namun dia tidak dapat bergerak kerana telah dihalang oleh Livramento, apabila dia bergerak Livramento dengan tenang menewaskannya dan kemudiannya melakukan Cruyff turn untuk menggerakkan bola ke bahagian-atas.

Penutup

Selepas mengalami kecederaan teruk Livramento terpaksa berehat sepanjang musim. Newcastle boleh membina persekitaran yang ideal untuk dia kembali. Trippier akan terus kekal sebagai pemain penting dan dan tiada tekanan kepada Livramento, dia tidak perlu ditekan untuk segera kembali ke tahap sebelumnya.

Namun begitu, persaingan di 4 posisi pertahanan akan memberinya peluang untuk minit permainan. Staf kejurulatihan Newcastle mengakui bahawa Trippier tidak lagi boleh bermain dalam setiap perlawanan kerana usiannya sudah 32 tahun.

Buat masa ini Newcastle sebenarnya tidak memerlukan seorang lagi bek-kanan utama tetapi Livramento boleh menjadi pengganti jangka panjang kepada Trippier. Sebelum ia berlaku, Livramento mempunyai masa yang cukup untuk kembali mendapatkan semula prestasi 2021-22 lebih-lebih lagi dia baru keluar dari masalah kecederaan besar.

BACA:  Conte Dan Tuchel Dilayangkan Kad Merah Kerana Cubaan Bertumbuk