Dan Ashworth dilaporkan telah memaklumkan kepada Newcastle United dirinya mahu meninggalkan kelab itu. Ashworth bagaimanapun terpaksa menunggu selama dua tahun sekiranya Manchester United enggan membayar pampasan.
Mail Sport mendedahkan Ashworth kini telah diberikan arahan untuk bercuti dan digantung daripada terlibat dalam semua urusan kelab, dan tempoh tersebut boleh berlanjutan sehingga kontraknya di St.James’ Park tamat pada 2026.
🚨 EXCL: Dan Ashworth has been placed on gardening leave by Newcastle. Follows request to leave as sporting director + join Man Utd. #NUFC want £20m. 52yo on full pay. #MUFC ready to wait as don’t intend to pay what they deem unrealistic sum @TheAthleticFC https://t.co/g8UDhmr0cT
— David Ornstein (@David_Ornstein) February 18, 2024
Ini bermakna United tiada pilihan lain selain melakukan rundingan dan membayar yuran pelepasan untuk membenarkan Ashworth ke Old Trafford.
Masa depan Ashworth di Newcastle juga dilaporkan telah pun berakhir selepas memaklumkan kepada pihak pengurusan Newcastle dirinya berminat untuk menyertai tampuk pengurusan baharu diketuai Sir Jim Ratcliffe.
Susulan itu beberapa perkembangan baharu membabitkan masa depan Ashworth dijangka menyusul dalam beberapa hari mendatang.
🚨🔴 Manchester United are prepared to push again next week in order to bring Dan Ashworth to the club.
Ashworth has already accepted, United will now insist in negotiations with Newcastle to agree on compensation.
Dan Ashworth and Jason Wilcox, both on INEOS list for United. pic.twitter.com/dbbdeNsrV6
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 18, 2024
Terdapat juga laporan mengatakan United sanggup bersabar dan membuatkan Newcastle terpaksa melepaskan Pengarah Sukan mereka itu.
Di sidang media sebelum perlawanan pada hujung minggu lalu Eddie Howe menyatakan kerisauannya mengenai akses Ashworth di Newcastle dan bagaimana kerjanya secara dalamannya dipengaruhi oleh pemergiannya ke Manchester.
Ashworth hanya menyertai Newcastle kira-kira 20 bulan yang lalu. United sebelum ini dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Ashworth untuk melakukan urusan pengambilan pemain di bawah pengurusan baharu diketuai Sir Jim Ratcliff.
Masa depan Ashworth kini akan menjadi topik perbualan hangat di Newcastle sepanjang minggu ini.