FA Gantung Pengarah Sukan Wolves Selepas Pengadil Terdengar Perkataan ‘Langsung Tak Guna’ Ketika Berselisih

Pengarah Sukan Wolves Matt Hobbs diberikan hukuman gantung satu perlawanan oleh The FA selepas memanggil pengadil Anthony Taylor sebagai ‘tak guna langsung.

Melalui mesyuarat jawatankuasa disiplin badan bola sepak itu, Hobbs dipercayai mengarahkan komen tersebut kepada Taylor seleoas perlawanan menentang Newcastle United di Molineux pada 28 Oktober lalu berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Taylor dikatakan sedang berselisih dengan Hobbs ketika meninggalkan padang, dan terdengar kata-kata daripada Pengarah Sukan itu: “Langsung tak berguna seperti biasa.”

Taylor tidak membiarkan perbuatan Hobbs berlaku begitu sahaja dan menegur sikap dan perbuatan tersebut yang dianggap sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

Pembantu pengadil Adam Nunn dan Gary Beswick yang berada di tempat kejadian kemudiannya turut mendengar dengan jelas jawapan balas Hobbs: “Ya, lepas ni kami dengar korang minta maaf je macam biasa.”

Perlawanan tersebut menjadi perdebatan membabitkan keputusan VAR di mana Hwang Hee-chan dipersalahkan kerana mengasari pemain pertahanan Newcastle Fabian Scar.

Kekasaran tersebut menjurus kepada sepakan penalti yang disempurnakan oleh Callum Wilson.

Insiden membabitkan Hobbs dimasukkan ke dalam laporan pengadil dan Pengarah Sukan itu didakwa melanggar Peraturan E3.1 FA yang membawa hukuman gantung satu perlawanan, selain denda £4,000.

Musim ini Wolves kerap kali terlibat dengan kontroversi membabitkan VAR. Terbaru pengurus pasukan Gart O’Neil turut berpendapat dirinya adalah musuh VAR selepas kekalahan 3-2 kepada Fulham pada Isnin lalu.

Walaupun kerap dikecewakan setakat ini Wolves tak pernah ajak lawan mereka repeat. Wolves akan beraksi menentang Arsenal pada Sabtu ini di Stadium Emirates.

BACA:  3 Pegawai Perlawanan Digantung Kerana Tak Berikan Wolves Penalti Selepas Onana Rempuh 2 Pemain Lawan