Guardiola Mempunyai 1001 Tactical Tweak, Permainan City Sukar Diramal

Pada musim ini Manchester City bakal menjadi sebuah pasukan paling sukar diramal. Pep Guardiola akan melakukan tweak disana sini bagi memastikan pasukannya mendapat kelebihan.

Ketika berdepan Burnley, City menghadapi kesukaran dengan pendekatan man to man marking yang digunakan oleh Vincent Kompany.

Kemudian Guardiola mengarahkan pasukannya bermain bola-panjang (long passes) dengan mencari Erling Haaland yang berada dihujung padang secara berseorangan.

Guardiola juga mengarahkan bek-tengah untuk naik ke bahagian tengah padang, mengubah struktur tekanan (pressing) atau apa sahaja yang difikirkan oleh pengurus itu ketika perlawanan itu berlangsung.

Fleksibiliti pasukan ini dan kebolehsuaian pemainnya menjadikan permainan City sukar dibaca.

“Kita semua tahu City: idea berbeza untuk permainan berbeza dan anda sentiasa perlu membiasakannya ketika perlawanan berlangsung,” kata Jurgen Klopp musim lalu.

“Anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku.”

Kata-kata Klopp itu terbit selepas City mengalahkan pasukannya di pusingan 16 Piala Carabao.

Mungkin semua pengurus di Liga Perdana yang pernah berdepan dengan pasukan Guardiola mempunyai pandangan sama dengan Klopp.

Apabila menentang City, sukar untuk meramalkan baik ketika mereka dengan-bola atau tanpa-bola dan apa yang akan mereka akan lakukan pada setiap fasa tersebut.

Sekiranya anda berjaya memberi kesukaran kepada pasukannya, Guardiola akan bertindak balas dan cuba mencari penyelesaian secepat mungkin.

Selepas beberapa ‘tweak’ ketika bertemu Burnley, minggu ini giliran Newcastle United pula. Tetapi kali ini pelan itu dibuat sejak awal wisel permulaan dibunyikan.

Apabila City menguasai bola, Manuel Akanji (bek-tengah) akan bergerak ke bahagian tengah untuk bermain bersama Rodri dan Mateo Kovacic.

Bermakna City sedang membina bentuk (shape) 2-3, Josko Gvardiol dan Ruben Dias berada di garisan paling bawah. Di hadapannya (2-3 tadi), Kyle Walker dan Jack Grealish berada di bahagian sisi.

Phil Foden dan Julian Alvarez bergerak ke kawasan tengah untuk beroperasi di bahagian ‘antara pemain-tengah dan pertahanan lawan’ (between the line).

Idea City dengan-bola adalah mudah: apabila membina shape 2-3, dengan kedudukan Anthony Gordon tinggi dan ke dalam (narrow) ia bermakna Gordon tidak mempunyai masa untuk untuk bertahan menentang Walker.

Apabila Newcastle bertukar kepada bentuk (shape) 4-5-1, kedudukan tinggi Walker sentiasa meletakkan Dan Burn dalam situasi dua lawan satu kerana kehadiran Foden dikawasan itu

Selain itu, kedudukan Akanji di bahagian-tengah memaksa pemain-tengah Newcastle berada dalam senario tiga lawan tiga. Apabila Foden turun ke belakang mereka, lawan tidak dapat bertindak balas.

Di sini, Kovacic melihat Foden berada di between the line dengan Burn tidak mengikutnya kerana mahu menjaga Walker yang berada di bahagian sisi kanan.

Lima minit kemudian, ia adalah situasi yang sama dengan Burn tidak boleh menanda Foden untuk mengekalkan kedudukannya sekiranya City menukar bola kepada Walker yang berada di sisi kanan padang.

Situasi itu membolehkan Rodri mencari Foden yang tidak dijaga di bahagian-tengah Newcastle. Gerakan ini telah menghasilkan percubaan pertama City dalam perlawanan ini melalui Grealish.

Dalam contoh lain, Burn sekali lagi tidak boleh menjaga Foden di between the line. Ketika itu Walker sedang memecut dari bahagian sayap-kanan.

Akanji melihat Walker dan menghantar bola kepadanya. Ia memaksa Burn bertindak balas tetapi dengan tindakbalas itu ia telah membuka jarak luas di barisan pertahanan Newcastle.

Foden menyasarkan ruang itu untuk menyerang tetapi Sven Botman dan Gordon berjaya menutupnya dan memaksa Foden melakukan hantaran ke belakang.

Sepanjang separuh masa pertama, City terus menyasarkan bahagian kiri Newcastle. Burn diseret ke posisi yang dia tidak selesa.

Dalam contoh ini, Alvarez yang mengheret Burn keluar dari kotak penalti dan membolehkan Rodri mencari Walker di belakang barisan pertahanan Newcastle.

Tetapi Walker gagal mendapatkan bola dan bola itu keluar untuk sepakan gol kepada Newcastle.

Tanda-tanda amaran ini telah lama kelihatan dan serangan City di sebelah kanan akhirnya menjadikan mereka pasukan pemenang. Dalam membina gol, Burn bergerak ke sisi pandang untuk menentang Walker.

Ia membuka ruang di bahagian pertahanan Newcastle. Ruang itu kemudiannya diserang dengan bijak oleh Foden.

Kovacic melihat larian Foden dan melakukan satu hantaran tepat yang memaksa Botman beralih ke belakang dan menutup bek kirinya. Pergerakkan Botman telah menjadikan Alvarez bebas.

Foden kemudiannya menyerahkan bola kepada Alvarez. Alvarez menjaringkan gol dan ia akhirnya menjadi gol tunggal perlawanan.

Walaupun mencipta banyak peluang, jaringan Alvarez adalah satu-satunya gol City dalam perlawanan itu. “Proper defenders” tidak membenarkan Newcastle memenangi sebarang duel.

Disiplin Grealish ketika tanpa-bola telah meneutralkan ancaman dari Kieran Trippier di bahagian kanan.

Tidak seperti Gordon, Grealish sentiasa memastikan dirinya turun kebawah untuk membentuk lima-bek apabila City bertahan di bahagian sendiri.

Selain dari itu, pressing dan counter pressing City telah mengehadkan peluang Newcastle sepanjang permainan.

Prestasi City membuatkan pengurus mereka tidak mempunyai kata-kata dan jika mereka mahu menjadi pasukan Inggeris pertama memenangi liga empat musim berturut-turut, lebih banyak perkara seperti ini akan berlaku.

Idea dan tweak Guardiola pasti akan membantu. Anda tidak akan tahu apa yang akan dia keluarkan dari beg taktikalnya.

BACA:  Newcastle Tawarkan Gaji 3 Kali Ganda Kepada Bintang Utama Skuad Euro Jerman