Kevin De Bruyne dijangka akan meninggalkan Manchester City untuk ke Saudi Pro League pada jendelam perpindahan musim panas ini.
Menurut pendedahan Rudy Galetti pihak Saudi Investment Fund (PIF) telah memperbaharui minat untuk mendapatkan bintang Manchester City itu.
Malah baru-baru ini pihak PIF dikatakan telah berhubung dengan pemain itu untuk menjadikan De Bruyne sasaran utama perpindahan pada musim panas ini.
A delegation of the PIF got back in touch with Kevin De Bruyne, reiterating that he represents a main target for next season.
KDB – after June – is open to evaluate the details of the possible transfer to Saudi.
[@RudyGaletti] pic.twitter.com/RzyBaWHoNc
— Manchestericonic (@manchestriconic) January 3, 2024
Kontrak semasa De Bruyne bersama The Cityzen akan tamat pada 2025. Situasi itu bermakna De Bruyne harus menilai kembali pilihannya selepas tamat saingan musim ini pada ketika kontrak asalnya di Etihad hanya berbabki semusim.
Pada Oktober tahun lalu kelab Cristiano Ronaldo Al Nassr turut menyatakan minat mereka untuk mendatangkan bekas pemain Chelsea itu.
Al Qadsiah yang beraksi di Divisyen 2 di Arab Saudi turut tidak terkecuali menginginkan pemain itu bersama mereka.
🚨 Kevin De Bruyne on PIF's radar for next season!
According to @RudyGaletti, a PIF delegation reconnects with De Bruyne, emphasizing his status as a key target.
The Belgian player is open to evaluating details post-June.
Your thoughts on this potential transfer? 🤔#DeBruyne… pic.twitter.com/M26LAeXzLF— Saudi League BUZZ (@SaudiLeagueBuzz) January 3, 2024
Musim ini pemain tengah itu hanya melakukan satu penampilan bersama City sebelum mengalami kecederaan otot selepas perlawanan pembukaan musim 2023/24 menenang Burnley.
Kecederaan tersebut memaksa De Bruyne menjalani pembedahan dan berehat panjang. De Bruyne baru-baru ini mulai kembali menjalani latihan bersama skuad utama dan turut berada di dalam skuad hari perlawanan ketika City berhadapan Sheffield United pada 30 Disember lalu.
Tidak dapat dipastikan sama ada Pep Guardiola akan memberikan peluang kepada De Bruyne turun beraksi untuk perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Huddersfield pada Ahad ini.