Kenali Micah Hamilton, Budak Milo Di Etihad Yang Menjadi Bintang Baharu Man City

Micah Hamilton mengumumkan dirinya kepada penyokong Manchester City dengan penuh bergaya apabila menjaringkan gol spektakular di penampilan pertamanya untuk kelab itu.

Pemain berusia 20 tahun produk akademi Man City itu diberikan debut oleh Pep Guardiola di perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Red Star Belgrade, dan pantas memberikan impak.

Pemain antarabangsa skuad remaja England itu memulakan perlawanan sebagai pemain sayap kanan – dengan bersahaja mencipta ruang untuk dirinya pada minit ke-19 perlawanan selepas mendapat hantaran daripada Matheus Nunes.

Gerakan tersebut disusuli dengan satu rembatan ke atas bagaian jaring daripada sudut sukar untuk gol pertama Man City.

Sebelum waktu Hamilton hanpir sahaja menghasilkan satu assist, tetapi hantaran rendah pemain itu gagal disudahkan oleh Oscar Bobb.

Bobb kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-62 perlawanan dengan satu gerakan solo.

Hamilton kemudiannya memenangi penalti pada babak akhir perlawanan untuk City, yang kemudiannya disudahkan oleh Kalvin Phillips.

Kemenangan ini membenarkan City mengumpul mata maksimum untuk menjuarai Kumpulan G.

Hamilton sebenarnya adalah seorang pemain penyerang kreatif yang versatile dan mempunyai keupayaan beraksi sebagai pemain sayap kanan, kiri atau pun di bahagian tengah.

Pep Guardiola sendiri terkejut dan hanya mengetahui Hamilton hanyalah seorang budak pengutip bola di Etihad pada 2017.

Pada ketika itu Hamilton adalah salah seorang budak pengutip bola yang diberi arahan oleh Guardiola untuk membantu pasukannya meningkatkan intensiti perlawanan dengan memudahkan perlawanan dimulakan semula setiap kali bola keluar.

“Saya tidak sedar! Ia berlaku enam tahun lalu? Wow!,” kata Guardiola ketika ditunjukkan foto lama pemain itu.

Pemain itu sememangnya merupakan sebahagian daripada anggota skuad utama City pada musim ini, dan berada di bangku pemain simpanan Guardiola dalam dua perlawanan.

Di pertandingan peringkat usia, Hamilton adalah antara pemain paling menyerlah. Hamilton menjaringkan 11 gol dan melakukan lapan assist unmtuk skuad B-18 Man City pada musim 2020/21.

Kecederaan kemudiannya banyak merencatkan perkembangan pemain itu. Pada usia 20 tahun, Hamilton sudah lebih umur untuk beraksi di UEFA Youth League.

Musim berikutnya Hamilton membantu City menjuarai kejuaraan Premier League 2 untuk musim kedua berturut-turut.

Bakatnya terus diikuti oleh Guardiola sebelum diberikan kepercayaan untuk melakukan debut dalam perlawanan pada malam tadi.

BACA:  Klausa Perlepasan Dalam Kontrak Haaland Bersama City Didedahkan