De Bruyne Didakwa ‘Copy Paste’ Teknik Alexander-Arnold Hasilkan Assist Padu Lawan Liverpool

Peminat bola sepak mendakwa teknik yang digunakan oleh Kevin de Bruyne ketika mengambil sepakan sudut yang menghasilkan gol pertama Man City menentang Liverpool mempunyai persamaan dengan teknik yang pernah dilakukan oleh Trent Alexander-Arnold.

Pemain perancang tengah itu mengambil sepakan sudut secara pantas, mirip dengan sepakan sudut Alexander-Arnold ketika menentang Barcelona, untuk membenarkan John Stones menjaringkan gol pertama perlawanan pada malam tadi.

Sebelum itu kunjungan anak buah Pep Guardiola di Anfield dilihat sebagai perlawanan penting dalam menentukan kejuaraan Premier League pada musim ini.

Darwin Nunez terlebih dahulu mencipta gerakan untuk membenarkan Luiz Diaz meletakkan bola di belakang jaring, namun ia dibatalkan selepas VAR mendakwa penyerang Uruguay itu berada di dalam kedudukan offside. Kemudian Stones meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

“Itu [gerakan] adalah satu helah genius daripada [Kevin] De Bruyne,” kata Gary Neville selepas jarinagn tersebut dihasilkan.

“Bagaimana dia boleh mengetahui larian [daripada Stones] itu? Ia sesuatu yang mereka telah lakukan [ketika latihan]. Helah sedemikian tidak akan berlaku begitu sahaja.”

Roy Keane kemudian menambah: “Luar biasa. Tidak ramai pemain di dunia yang mampu melakukan hantaran sedemikian. Ia kelihatan ringkas dan mudah tetapi sangat efektif. Sangat jelas.

“Liverpool pasti kecewa [melepaskan gol sedemikian] tetapi hantaran menggunakan kaki kanan dam menghasilkan bola seperti ‘outswinger’. Penuh ketepatan, dan ia juga pantas.

“Hantaran yang hebat, Stones juga memainkan peranan. Sedikit larian, sedikit hadangan. Hantaran itu 100% tepat. Stones kemudian hanya perlu menolak masuk dengan satu sentuhan. Hantaran tersebut sunggu luar biasa,” kelas Keane.

Jamie Carragher turut bersetuju dengan pendapat dua bekas pemain Manchester United itu walaupun berpendapat jaringan tersebut boleh dielakkan sekiranya Alexis Mac Allister memainkan perananya secara lebih efektif ketika bertahan.

“Saya berpendapat jaringan tersebut terhasil kerana Kevin de Bruyne dan kualiti yang dimiliki pemain itu. Saya juga berpendapat Mac Allister sepatutnya lebih agresif ketika bertahan di near post.

“[Nathan] Ake cuba mengalihkan perhatian Mac Allister dan sudah pasti ia ada sebab. Ia terlalu mudah tetapi di dalam situasi itu ia lebih kepada kualiti yang ditampilkan oleh Man City berbanding apa yang ditampilkan Liverpool.

Penyokong dan peminat yang menyaksikan perlawanan turut menyamakan magis oleh De Bruyne kepada teknik yang pernah digunakan oleh Alexander-Arnold ketika menentang Barcelona – juga melalui sepakan sudut.

“De Bruyner melakukan gerakan dengan teknik sama menentang pasukan penciptanya di stadium mereka sendiri,” ujar satu komen di media sosial.

“De Bruyne menghasilkan sepakan sudut pantas di ‘rumah’ Trent selepas komen yang dilakukannya pada minggu ini,” ujar satu komen lagi dalam nada berseloroh.

“De Bruyne menggunakan taktik sepakan sudut pantas menentang Liverpool, penyokong Barca sudah pasti suka dan akan menyokong Pep,” ujar seorang lagi.

BACA:  Akhirnya UEFA Minta Maaf Kepada Penyokong Liverpool Yang Ketakutan dan Tertekan di Paris